![]() |
Al-fatihah. Adik Naufal telah meninggal dunia. |
Marilah kita berdoa agar adik Naufal Amsyar Nabil Fikri, 10, bulan agar kembali pulih seperti biasa selepas dikatakan dalam keadaan kritikal kerana jatuh daripada buaian dua kali ketika di bawah jagaan pengasuhnya.
Naufal yang dirawat di unit kecemasan Hospital Pakar Sultanah Aminah, Johor disahkan mengalami lebam di dahi kiri, pendarahan di mata dan retak tempurung kepala.
Ibu bapa Naufal menyedari anak mereka kerap menangis dan susah tidur mulai 10 Julai lalu sebelum pengasuh itu mendakwa mangsa pernah dua kali terjatuh dari buaian sepanjang di bawah jagaannya.
Bayi terbabit dijaga wanita itu pada 28 hingga 30 Jun lalu dan dari 2 hingga 17 Julai lalu antara jam 8 pagi hingga 6 petang.
Pengasuh wanita itu ditahan tengah malam tadi bagi membantu siasatan.
Sumber: KOSMO
0 comments: