
Pasangan ini selalu kelihatan di Alam Jaya kalau ada yang perasan. Kerja dia mengutip besi-besi buruk dan lain-lain untuk dijual demi sesuap nasi, dia tak mencuri dan apa yang dia nak ambil dia akan tanya dahulu.
Kalau orang tak bagi dia tak ambil. Sebelum ini pasangan ini bersama anak lelaki mereka berumur 1 tahun 6 bulan akan singgah di kedai saya.
Saya akan bagi mereka makan & minum apa saja yang mereka nak makan hingga kenyang. Anaknya itu tidak pernah hisap susu botol, hanya minum teh ais, sirap & apa sahaja yang mereka minum, dia akan minum.
Dalam umur seperti itu dia makan nasi lemak pedas share dengan ibunya, masa tu ibunya juga tengah sarat mengandung. Baru minggu lepas ibunya baru bersalin. Saya tengok kedua-dua anak diusung kesana sini di tengah panas dan hujanm, ikut mereka cari besi buruk. Bayangkan baby itu baru sebulan, tiada susu dan lampin.
Hari ini tergerak hati nak tengok tempat tinggal mereka. Sayu hati saya bila saya sampai di kediaman mereka, bayangkan anak kecil duduk dalam keadaan begini.
Mereka ini orang Malaysia, ada IC kenapa masih ada keadaan begini. Atas rasa kasihan, saya ingat nak buat rumah kabin di belakang bengkel saya untuk tempat mereka berteduh yang lebih baik.
Andai ada pihak yang berbesar hati ingin bersama saya membantu mereka dari segi apa sahaja, boleh berhubung dengan saya terus call or Whatsapps saya Eusof:
![]() |
013-2615291 |
![]() |
|
Progress:
|
Goal: RM500 |
0 comments: