Tujuh beranak tinggal dalam stor mohon bantuan - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Kuala Lumpur - Penderitaan tujuh beranak yang tinggal di stor sebagai tempat berteduh di Kampung Pasir Baru di sini sejak dua tahun lalu ...

Tujuh beranak tinggal dalam stor mohon bantuan


Kuala Lumpur - Penderitaan tujuh beranak yang tinggal di stor sebagai tempat berteduh di Kampung Pasir Baru di sini sejak dua tahun lalu berjaya menambat perhatian Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan, Kuala Lumpur,

Semuanya bermula apabila pertubuhan itu dimaklumkan mengenai kewujudan keluarga berkenaan menerusi borang permohonan bantuan yang dikemukakan keluarga tersebut beberapa hari lalu.

Pengurus pertubuhan berkenaan, Asiah Abdullah berkata, pihaknya segera bertindak dengan menemubual keluarga itu selain membuat lawatan ke stor yang dijadikan tempat tinggal mereka.

Katanya, stor berkenaan dihuni oleh Shahdi Abdullah, 43, isteri, Farizah Ibrahim, 41, bersama-sama lima anak mereka yang berusia antara lapan hingga 15 tahun.

"Saya difahamkan Shahdi telah lapan bulan hilang pekerjaan sebagai pemandu lori dan isterinya merupakan suri rumah sepenuh masa. Kini dia (Shahdi) membantu rakan menjual burger di kawasan berhampiran kediaman mereka.

"Sekarang, keluarga berkenaan perlu membayar sewa stor berkenaan sebanyak RM200 sebulan. Sebelum ini, mereka menyewa rumah di Puchong, namun dihalau kerana tidak mampu membayar sewa," katanya.

Tambah Asiah, pihaknya turut memberi bantuan berupa katil, peti ais, beberapa biji tilam selain barangan dapur untuk keluarga berkenaan.

Sehingga semalam, katanya, keluarga berkenaan dibenarkan mengambil makanan berbuka puasa di pejabat persatuan setiap hari yang berada tidak jauh dari tempat tinggal mereka.

Bagaimanapun, sesiapa yang ingin membantu keluarga ini, sila hubungi pejabat Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur. Sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun bank berikut:

017-3505681
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini