Bantuan Elaun Orang Tua RM350 sebulan untuk sara hidup - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Ada beberapa usaha yang giat dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu pelbagai golongan di Malaysia bagi menambahkan perbelanjaan ...

Bantuan Elaun Orang Tua RM350 sebulan untuk sara hidup


Ada beberapa usaha yang giat dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu pelbagai golongan di Malaysia bagi menambahkan perbelanjaan boleh guna untuk mereka setiap bulan. Sudah pastinya golongan tua tidak terkecuali.

Untuk pengetahuan anda, kerajaan telah berbesar hati untuk menyalurkan bantuan elaun warga emas sebanyak RM350 sebulan.

Jikalau anda mengenali orang tua yang menepati syarat kelayakan seperti di bawah, anda dipelawa untuk bantu mereka mohon bantuan ini.

Syarat Bantuan Elaun Warga Emas
1. Orang tua tersebut mestilah umur 60 tahun dan ke atas.
2. Tiada gaji atau pendapatan bulanan untuk orang tua tersebut untuk sara hidup.
3. Keluarga terdekat, anak sendiri tidak mampu untuk bantu orang tua tersebut menyara kehidupannya.

Cara Permohonan Elaun Warga Emas
1. Anda perlu bawa orang tua tersebut di mana-mana cawangan Pejabat Kebajikan untuk mohon.
Tetapi jikalau orang tua tersebut tak larat, anda boleh bantu dengan bawa surat, ataupun telefon mahupun email turut dibenarkan untuk mendaftar.
2. Borang permohonan boleh anda download di portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat ataupun boleh ambil terus di cawangan berdekatan
3. Dalam pada masa yang sama anda boleh bawa beberapa dokumen penting termasuklah salinan kad pengenalan pemohon, gambar atau dokumen lain jikalau ada bersama.
Cuba Juga : Daftar bantuan di Portal EKasih Online

Nota: Nantikan keputusan permohonan anda, apabila terima panggilan daripada kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat selepas satu bulan permohonan bantuan elaun warga emas yang lengkap di hantar.

0 comments:

Kongsi Portal Ini