Rayu bantuan jalani pembedahan untuk rawat leukimia - KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Rawang - Suami isteri memohon sumbangan orang ramai untuk membantu membiayai kos rawatan pembedahan pemindahan tulang sum-sum anak lela...

Rayu bantuan jalani pembedahan untuk rawat leukimia


Rawang - Suami isteri memohon sumbangan orang ramai untuk membantu membiayai kos rawatan pembedahan pemindahan tulang sum-sum anak lelaki mereka, Muhammad Farish Daniel Fazely, 14, yang disahkan menghidap penyakit pra leukemia.

Pembedahan yang dijangka dilakukan pada Hari Raya keempat di Pusat Perubatan Universiti Malaya itu menelan belanja RM70,000 dan ia di luar kemampuan keluarga berkenaan.

Ibu Muhammad Farish Daniel, Irni Nadia Mashadi, 32, berkata, kekangan pendapatan suami, Fazely Faizair, 35, yang bekerja sebagai pemandu menjadikan agak sukar untuk mengumpul sejumlah wang dalam masa terdekat ini.

Katanya, penyakit anaknya mula disedari pada Mac lalu apabila remaja berkenaan mengalami demam berpanjangan, kerap penat, lemah dan mudah terkena jangkitan.

“Namun keputusannya masih tidak diperoleh selepas melakukan pelbagai ujian darah dan sebagainya. Keadaannya masih berterusan sama sebelum kami merujuk anak ke PPUM.

“Doktor yang melakukan ujian melalui sampel tulang belakang mengesahkan anak menghidap pra leukemia. Saya agak terkejut kerana ia sangat drastik, walhal Farish aktif seperti remaja lain.

“Sejak itu, dia tidak ke sekolah hingga kini kerana antibodinya tidak kuat, mudah letih dan ada ketika sakit di bahagian perut malah wajahnya juga adakalanya pucat lesu selain kekuningan,” katanya.

Yayasan Jamin memberi sumbangan RM5,000 serta melancarkan Tabung Prihatin #SelamatkanAdikMuhammadFarish bagi mengutip dana membantu membiayai pembedahan Muhammad Farish Daniel dalam tempoh kurang tiga minggu lagi.

Muhammad Farish Daniel akan menerima sumbangan tulang sum-sum daripada adiknya, Muhammad Firhad Danish, 13, yang mana selepas ujian dilakukan didapati selnya sepadan dengan abangnya.

Menurut Irni Nadia, dia bersyukur kerana cepat mendapatkan rawatan untuk anaknya sebelum ia benar-benar berubah kepada leukimia kerana risikonya lebih tinggi.

“Justeru, doktor menasihati kami untuk melakukan pembedahan secepat mungkin, jika ditangguhkan, mungkin jangka masa hidup anak saya hanya dua tahun saja.

“Kami mohon bantuan orang ramai untuk membantu menyelamatkan nyawa anak kami,” katanya yang dikurniakan empat anak.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank berikut atas nama Fazely Faizair atau menghubungi Irni Nadia di talian:

019-3933161
Progress:

RM0 raised

Goal: RM70000

0 comments:

Kongsi Portal Ini