Terpaksa minta tolong jiran hantar suami lumpuh ke klinik - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Baling - Kekangan kewangan memaksa seorang isteri menyewa kereta setiap kali menghantar suaminya yang lumpuh ke klinik. Zaiton Abdul Az...

Terpaksa minta tolong jiran hantar suami lumpuh ke klinik


Baling - Kekangan kewangan memaksa seorang isteri menyewa kereta setiap kali menghantar suaminya yang lumpuh ke klinik.

Zaiton Abdul Aziz,52, berkata, suaminya Yahya Che Man,55, terpaksa dihantar menaiki kereta jiran kerana keluarganya hanya memiliki motosikal.

Menurutnya, Yahya yang jatuh sakit pada 9 Mei lalu perlu menerima rawatan dua kali seminggu di sebuah klinik kerajaan.

“Keluarga kami tak ada motosikal, anak nombor dua ada la kereta tapi rosak. Setiap kali ke klinik makcik bayar RM50 dekat jiran.

“Bila suami dah sakit, tinggal makcik dan anak ketigalah yang pergi menoreh. Sekarang dengan musim hujan, pendapatan kami pun tak menentu,” katanya ketika ditemui di Kampung Keledang Dalam.

Tambahnya, suami yang merupakan tunjang belakang mencari nafkah selama ini terpaksa bergantung dengan tiub untuk minum.

“Ingatan dia pun terjejas, nama anak-anak kadang-kadang suami lupa. Sejak sakit, suami hanya boleh minum susu,” katanya.

Menurutnya, rawatan selanjutnya menanti Yahya ialah pada 6 Mei depan. “Untuk ke depan ni pun terpaksalah makcik sewa kereta sekali lagi, nak buat macam mana,” katanya

Selain kos sewa kereta katanya, dia juga perlu menyediakan susu tin dan lampin pakai buang. “Susu tin tahan untuk 15 hari, lampin tahan untuk tiga minggu. Susu tin harganya RM81.90, campur dengan lampin ada la RM100 ke atas makcik kena belanja,” katanya.

Zaiton berkata, empat daripada tujuh anaknya masih dalam tanggungan. “Anak perempuan sulung dan kedua masing-masing dah kahwin dan ada anak. Suami depa hanya kerja ambil upah.

“Anak ketiga pula ambil upah menoreh. Tiga lagi bersekolah di SMK Kuala Pegang di tingkatan enam dan dua anak kembar di tingkatan dua. Paling bongsu, 9 tahun, tapi tak mahu bersekolah,” katanya.

Menurutnya, ketika ini dia masih menanti kelulusan permohonan bantuan daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah. “Pihak LZNK dah datang rumah makcik ambil maklumat, harap-harap diluluskan bantuan tu untuk urusan suami. “Bantuan JKM pula makcik tak minta sebab tak tau berurusan,”.

Orang ramai yang bermurah hati boleh menghulurkan bantuan ke akaun bank berikut atas nama
Yahya Che Man:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini