Hanif derita penyakit kulit laque chronic psoriasis tahap kritikal - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Seremban - “Kalau selalu minta tolong pun, lama-kelamaan akan menjadi kebencian orang. Sekarang ini saya hanya berserah kepada-Nya dan h...

Hanif derita penyakit kulit laque chronic psoriasis tahap kritikal


Seremban - “Kalau selalu minta tolong pun, lama-kelamaan akan menjadi kebencian orang. Sekarang ini saya hanya berserah kepada-Nya dan hanya mohon doa orang ramai untuk kesembuhan anak saya. Demikian luah Mastura Osman, 54, ibu kepada Mohd Hanif Fadhli Mohd Sofian, 30, yang kini menderita menghidap penyakit kulit plaque chronic psoriasis tahap kritikal sejak dua tahun lalu.

Seluruh anggota badan Mohd Hanif Fadhli bukan sahaja kemerahan, tetapi kulitnya bersisik tebal dan akan mengelupas walaupun setelah disapu dengan ubat yang memerlukan Mastura sentiasa membersihkan tempat tidurnya. Anak sulung dari empat beradik itu kini hanya bergantung dengan ubat steroid, namun kesannya menyebabkan Mohd Hanif sukar untuk bergerak kerana bandannya menjadi lemah.

“Dia menghidap penyakit ini ketika berusia belasan tahun lagi. Tapi sejak dua tahun lalu, keadaannya semakin teruk dan membimbangkan. “Doktor beritahu yang keadaannya tidak boleh pulih. Dia kini hanya bergantung dengan ubat steroid, tapi kesannya, anak saya kini sukar untuk bergerak kerana badannya menjadi lemah.

“Kulitnya juga jadi panas dan gatal. Apabila digaru, akan berdarah menyebabkan dia kini hanya terbaring di rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Enstek di sini. Apa yang menyedihkan Mastura kerana Mohd Hanif Fadhli kerap kali memberitahu yang dia berharap nyawanya diambil segera kerana tidak tertanggung lagi dengan derita dialami.

Kata Mastura, anaknya itu sangat tertekan lebih-lebih lagi selepas perkahwinan yang dibina dua tahun lalu berakhir dan kini terpaksa pula menyusahkan keluarga. “Sekarang ini hidup saya, Hanif dan dua lagi anak saya yang masih belajar terpaksa bergantung dengan anak kedua saya yang bekerja sebagai pembantu jualan di syarikat perumahan.

“Saya tak boleh nak tinggalkan Hanif kerana dia perlukan saya. Itu pun kadang-kadang saya cuba cari duit dengan bantu kawan berniaga gerai makan,” katanya. Ada yang menyarankan Mastura membawa Mohd Hanif Fadhli mendapatkan rawatan di luar negara, namun terpaksa dilupakan kerana memikirkan kos yang perlu ditanggung.

Dia bersyukur kerana ada insan prihatin yang sudi membantu menawarkan rawatan alternatif, namun masih belum diizinkan oleh-Nya untuk sembuh. “Ramai yang datang membantu bila pertama kali kisah anak saya dilaporkan tahun lalu dan kami sangat-sangat menghargainya.

“Kalaulah kesakitan yang dialami itu boleh diganti, mana-mana ibu pun akan sanggup berkorban nyawa. Tapi saya dah habis ikhtiar dan hanya mohon doa orang ramai untuk kesembuhan anak saya," katanya yang juga menerima bantuan bulanan RM280 daripada JKM dan RM200 daripada Baitulmal.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank atas nama Mohd Hanif Fadhli Mohd Sofian atau hubunginya di talian:

017-6598795
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000

0 comments:

Kongsi Portal Ini