
Menurut pemilik gerai, Mohd Arif Abdullah, 44 tahun, sebelum ini gerai yang diusahakannya kurang mendapat sambutan pelanggan.
“Mula-mula saya terfikir nak buat macam mana sebab sebelum ini kita buka dan jual nasi lemak tapi tiada sambutan. Atas nasihat gerai sebelah yang menyarankan hidangan masakan panas, kami pun mencubanya.
“Pada mulanya tidak juga mendapat sambutan apabila hanya nasi goreng biasa. Namun, kami tambah nilai dengan meletakkan sotong hingga menjadi tular,” katanya. Menurut Mohd Arif dia terpaksa mendapatkan bekalan sotong segar sehingga 50 kilogram sehari berbanding sekitar 10 kilogram sebelum ini.
Peniaga cacat penglihatan berhati mulia ini, Mohd Arif Abdullah pernah memulangkan bantuan kepada yang lebih memerlukan. Orang ramai yang ingin menikmati nasi goreng istimewa ini boleh ke gerai:
0 comments: