Remaja lumpuh bantu promosi jualan nasi lemak ibu - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Melaka - Kekurangan diri yang lumpuh separuh badan kerana terbabit dalam nahas jalan raya, bukan penghalang buat seorang pemuda, Akmal ...

Remaja lumpuh bantu promosi jualan nasi lemak ibu


Melaka - Kekurangan diri yang lumpuh separuh badan kerana terbabit dalam nahas jalan raya, bukan penghalang buat seorang pemuda, Akmal Arif Rohaizan, membantu ibunya menjual nasi lemak demi meringankan beban keluarga mereka. Demi kasih kepada ibu dan bapa, remaja berusia 19 tahun terbabit enggan duduk diam apabila menyedari keluarganya hidup dalam kesempitan kewangan.

Selain menemani ibunya menjual secara langsung di gerai hadapan rumah mereka dekat Tangga Batu di sini, antara usaha dilakukan anak kedua daripada enam beradik itu adalah mempromosi jualan nasi lemak dihasilkan ibunya, Zarinah Rahim, 46, menerusi laman sosial Facebook sejak awal Januari lalu.

Dia berbuat demikian dalam usaha menarik pelanggan ke gerai jualan nasi lemak mereka, selain membantu mengendali tempahan secara atas talian.

Akmal Arif berkata, usaha memuat naik jualan nasi lemak itu disuarakan seorang daripada saudaranya, sebelum mengambil inisiatif membantu ibunya yang banyak berkorban menjaga dia sepanjang tempoh terlantar sakit selama ini.

Katanya, dia terbabit nahas pada April 2014 ketika berusia 17 tahun apabila motosikal ditunggangnya terbabas menyebabkan cedera parah di kepala dan menjalani pembedahan tempurung kepala, sebelum disahkan lumpuh separuh badan.

"Sukar untuk digambarkan perasaan hati ini apabila menyedari keadaan diri kini dikategorikan orang kurang upaya hingga tidak mampu membantu meringankan beban keluarga, malah terasa menyusahkan mereka pula. Namun, saya reda dengan ujian Yang Maha Esa.

Pelanggan boleh membuat tempahan melalui talian berikut selain boleh mengambil tempahan nasi lemak di gerai pada harga RM1 sebungkus, bekas plastik (RM3) dan nasi lemak ayam berempah (RM5).

012-9254676
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini