
Murid tahun enam SK Pasir Panjang Nur Aiman Ridhuan Hamzah, 12, menderita penyakit itu sejak enam tahun lalu dan kini perutnya ditebuk bagi memasukkan tiub khas untuk memasukkan air.
Akibat itu, Nur Aiman tidak dapat mengikuti aktiviti dan latihan kokurikulum di sekolah selain bergantung kepada ubat-ubatan mengikut jadual.
Nur Aiman berkata, ibunya akan datang menghantar makanan dan ubat ke sekolah pada waktu rehat, setiap hari persekolahan.
“Emak bukan saja meng hantar dan mengambil saya di sekolah, tetapi perlu datang membawa makanan dan ubat ketika waktu rehat kerana saya perlu menjaga pemakanan selain mengambil ubat mengikut jadual.
“Malah, saya juga tidak dapat mengikuti kelas Pendidikan Jasmani di padang sekolah dan aktiviti kokurikulum. Sebab itu, ada rakan yang ejek Aiman tetapi Aiman tak kisah,” katanya di rumahnya di Kampung Teluk Pelandok.
Aiman turut menerima kunjungan NGO Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (PERKASIH N9).
Ibu Aiman, Fazilah Abd Jalil, 53, berkata anak bongsu daripada empat beradik itu dalam senarai menunggu untuk menerima buah pinggang daripada penderma.
Menurutnya, setakat ini Aiman perlu berulang-alik mendapatkan rawatan di hospital selain menjalani proses memasukkan air melalui tiub khas di rumah.
“Perbelanjaan perubatan Aiman hampir RM700 sebulan. Saya sudah dua kali memohon bantuan JKM tetapi hingga kini permohonan kami gagal kerana suami saya kakitangan kerajaan,” katanya.
Katanya, dia amat berharap anaknya akan mendapat penderma organ secepat mungkin bagi membolehkan Aiman meneruskan kehidupan dengan lebih baik.
0 comments: