Ibu terpaksa berhenti kerja untuk menjaga anak lumpuh - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Sungai Siput - Seorang ibu sanggup berhenti kerja demi menjaga anaknya yang lumpuh akibat kemalangan. Meskipun doktor tidak meletak...

Ibu terpaksa berhenti kerja untuk menjaga anak lumpuh


Sungai Siput - Seorang ibu sanggup berhenti kerja demi menjaga anaknya yang lumpuh akibat kemalangan.

Meskipun doktor tidak meletakkan sebarang harapan, namun hati ibu percaya Muhammad Nor Aliff Nor Azman, 20, akan sembuh dan doa sentiasa dititipkan memohon pertolongan Allah SWT.

Norisah Che Mat, 46, tabah menjaga anak keduanya itu yang terlantar dan tidak sedikit pun putus harapan, sebaliknya terus menjaganya dengan penuh kasih sayang.

"Aliff kemalangan di Sungkai empat bulan lepas. Masa itu, dia mahu ke Shah Alam. Kemalangan itu menyebabkan urat sarafnya terjejas teruk.

"Tulang lehernya juga patah, dia kini hanya mampu baring saja di katil, tak mampu berdiri. Dia juga ada penyakit lelah, jadi saluran pernafasannya selalu tersekat.

"Saya terpaksa pinjam mesin pembuang kahak dari rakannya. Kalau tak buat begitu, bimbang pernafasannya jadi tak lancar," katanya.

Katanya, dia berhenti mengusahakan kantin sekolah untuk memberi sepenuh perhatian kepada Muhammad Nur Aliff, terutamanya dari aspek pembersihan diri anaknya itu.

"Dia hanya mampu gerakkan tangan, kalau bercakap pun sikit-sikit saja, tak jelas. Jadi, saya perlu bantu uruskannya termasuk suapkan makan dan mandikannya.

Orang ramai yang ingin membantu Muhammad Nur Aliff bin Nor Azman boleh berbuat demikian dengan menghulurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama ayahnya, Nor Azman Sulaiman atau hubunginya:

013-4178775
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini