![]() |
"Kekayaan melimpah ruah negara diletak dalam tangan beberapa kerat golongan elitis menyebabkan golongan bawahan yang susah semakin terhimpit." |
Kita tiada plan B untuk selamat dalam resesi ekonomi yang teruk. Malah kita tiada plan A pun. Apa yang dikomentarkan di media massa betapa harmoni dan berkembangnya ekonomi, “ekonomi Malaysia amat kukuh dan tidak terjejas” ialah kata-kata yang tidak berpijak di bumi yang nyata dalam hidup dalam alam fantasi.
- Spekulasi ekonomi yang tidak menentu seperti perubahan cuaca.
- Volatiliti pasaran saham yang dahsyat.
- Harga hartanah melampau tinggi akibat spekulasi dan tidak mendasarkan ratio yang sihat pendapatan per kapita negara.
- Hutang isirumah yang tinggi (lebih 80% setahun).
- Defisit perbelanjaan negara yang tinggi.
- Kuasa membeli rakyat marhaen yang lemah.
- Pengangguran tinggi dan pasaran kerja yang lemah.
- Politik dunia tidak stabil.
- Mengadakan ekonomi komuniti setempat. Apa yang paling penting dalam keadaan ekonomi yang teruk ialah keperluan asas. Makanan, air, pakaian, elektrik. Komuniti yang boleh mengeluarkan produk sendiri ialah komuniti yang kuat. Mereka dapat bertahan dalam apa keadaan kerana mereka tidak perlu mengimport barang dari luar. Bayangkan anda ada rumah di kampung, ada kebun buah, tanam sayur, ada bela beberapa ekor lembu, kambing, ayam, ada telaga air dari mata air, bekalan elektrik dari solar. Wow, anda pastinya orang paling beruntung dalam keadaan ekonomi meleset.
- Mempelbagai instrumen pelaburan selain dari matawang fiat. Paling selamat ialah emas dan cryptocurrency. Sebagai contoh, jika bank lumpuh, duit deposit anda akan dibekukan dan anda tak boleh buat apa-apa transaksi. Lihat Greece. Cuba melabur sedikit dalam cryptocurrency sebagai backup. Walaupun cryptocurrency sangat tidak stabil/volatile sekarang, tapi tak dapat dinafikan ia adalah matawang digital akan datang. Cryptocurrency itu sendiri bukanlah fraud atau scam, ia adalah teknologi yang legit, tapi orang mengambil kesempatan untuk scam menggunakan medium tersebut. Perkara baru mengambil masa untuk difahami dan diterima pakai orang ramai.
- Jika diperhatikan ekonomi kita ialah ekonomi yang sentiasa bergantung atas orang lain. Kita bekerja di bandar semua bergantung dengan orang lain. Dapat gaji bergantung dengan majikan, bantuan bergantung kerajaan, maklumat/teknologi bergantung kepada internet, sosial media. Makanan dan pakaian bergantung supermarket. Kita adalah total net user dan produces zero. Sebab itu kalau tahun baru cina, orang melayu lumpuh kerana ekonomi majoriti dimiliki dan dikuasai oleh bangsa cina. Kalau malapetaka menimpa, memang masyrakat akan lumpuh. Mereka tak mampu survive kerana tak diajar untuk survive. Lihat sahaja golongan muda dan internet, jika tiada connection ibarat tak makan. Tak senang duduk kerana mereka telah diajar dari kecil untuk sentiasa consume dan 99% yang diconsume itu kebanyakannya sampah (hiburan). Jiwa mereka seakan kosong kalau tak diisi sosial media.

Mengapa boleh wujud beberapa kerat golongan billionaire yang amat kaya sedangkan berjuta di bawah hidup susah. Berapa banyak lagi yang diperlukan untuk puas dengan membolot kekayaan? Cukuplah sekadar bersederhana dan agihkan kekayaan yang lebih itu kepada golongan yang memerlukan. Hidup bukan sekadar hanya untuk kerja, consume dan mati. Ia lebih dari itu.
0 comments: