Bayi derita penyakit kegagalan hati mohon bantuan - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Kuala Lumpur - Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Demikian perasaan pilu seorang ayah apabila bayinya yang berusia tujuh bul...

Bayi derita penyakit kegagalan hati mohon bantuan


Kuala Lumpur - Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Demikian perasaan pilu seorang ayah apabila bayinya yang berusia tujuh bulan, Muhammad Aisy Zafran Zainal Azman menderita penyakit kegagalan hati (Biliary Atresia). 

Zainal Azman, Mazlan, 35, berkata, anaknya yang dilahirkan secara normal pada 18 Mei 2017 itu dikesan menghidap penyakit tersebut semasa berusia 32 hari dan kini perlu menjalani rawatan pemindahan hati secepat mungkin.
 

Menurutnya, Muhammad Aisy Zafran yang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dinasihatkan untuk menjalani pembedahan segera di Hospital Renji Shanghai, China dengan kos mencecah RM250,000.

"Pada awalnya, anak saya menghidap demam kuning (jaundis) seperti kebanyakan bayi baru lahir, namun hasil keputusan ultrasound doktor mengesahkan hati dan limpa Muhammad Aisy Zafran bengkak dan perutnya membuncit akibat kegagalan hati untuk berfungsi secara normal.


Sebarang sumbangan untuk Muhammad Aisy Zafran Zainal Azman boleh disalurkan ke akaun bank berikut atas nama ayahnya, Zainal Azman Mazlan atau hubungi:


019-2424800
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini