
Batu Pahat - “Doktor mengatakan anak saya akan membesar menjadi OKU kerana lemas ketika proses kelahiran,” kata Juliana Mohd Sapuan, 35, ibu kepada kanak-kanak berusia 17 bulan yang kini terlantar di rumahnya di Taman Industri Sri Sulong di sini.
Beliau berkata, Qaireen Aryana Armeen yang turut ditebuk pada bahagian leher dan perut mengalami kerosakan paru-paru kiri selain salah satu saluran pernafasannya tertutup menyebabkan dia tidak boleh melepaskan topeng oksigen dan perlu memakainya setiap masa.
“Paru-paru kirinya akan mengambil masa yang lama untuk sembuh dan dia pun tidak seperti kanak-kanak sebayanya kerana tidak dapat berjalan selain terlantar setiap masa.
“Pembedahan pada usianya yang masih bayi tidak boleh dilakukan kerana risikonya tinggi dan sebab itu selagi belum mencapai tahap memuaskan, anak saya perlu bergantung kepada bantuan alat pernafasan,” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu Qaireen Aryana Armeen boleh salurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Juliana Mohd Sapuan atau hubunginya:
![]() |
012-7938485 |
![]() |
|
Progress:
|
Goal: RM500 |
0 comments: