Anak menderita sakit lebihan cecair dalam kepala - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Arau - Ketika kanak-kanak seusianya sedang lincah bermain dan melalui proses pembesaran secara normal, berbeza pula dengan Muhamad Fa...

Anak menderita sakit lebihan cecair dalam kepala


Arau - Ketika kanak-kanak seusianya sedang lincah bermain dan melalui proses pembesaran secara normal, berbeza pula dengan Muhamad Fariz Shahrul Haizat,4, yang hanya mampu terbaring serta menangis.

Muhamad Fariz dari Kampung Permatang Bonggor, Simpang Empat di sini terpaksa melalui hari-harinya tidak seperti kanak-kanak lain selepas menderita penyakit lebihan cecair dalam kepala atau lebih sinonim dengan penyakit kepala besar yang dihidapinya sejak dari lahir.

Malah, setiap tahun, kanak-kanak tersebut terpaksa berulang-alik beberapa kali bersama ibu bapanya ke hospital di Alor Setar, Kedah untuk membuang lebihan cecair di dalam kepalanya itu.

Ibu kanak-kanak berkenaan, Nor Zainab Jamaluddin,23, berkata, selepas bersalin, dia mendapati kepala anaknya itu mula membesar dengan semakin hari keadaan bertambah teruk.

Katanya, berikutan itu, dia dan suami terpaksa berulang-alik ke hospital melakukan pemeriksaan terhadap satu-satunya anak lelaki mereka itu.

“Muhamad Fariz hanya mampu terbaring dan tidak boleh menikmati makanan lain selain nestum dan susu. Selain itu, Muhamad Fariz juga mengalami masalah gangguan saraf tunjang menyebabkan dia langsung tidak boleh bergerak.

Orang ramai yang ingin membantu Muhamad Fariz Shahrul Haizat boleh salurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama ibunya Nor Zainab Jamaluddin:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini