Maran - 'Dia ingin makan, meminta ibunya belikan KFC, tak sampai 2 fries dia terpaksa mengalah' - Bantulah adik Arissa.
Berat mata memandang, lagi berat kesakitan yang ditanggung oleh adik Arissa. Ketika kanak-kanak lain seusianya sedang bergembira menjalankan aktiviti seharian, Arissa hanya terbaring lemah.
Zaman kanak-kanaknya telah direntap oleh penyakit kanser, Bilateral Retinoblastoma (sejenis kanser mata). Melihat keadaan Arissa, seharusnya kita bersyukur diberikan nikmat kesihatan, makan dan minum kerana hidup kita seringkali ada sungutan yang melebihi erti bersyukur.
Semalam 20/1/2018 dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, saya singgah di Maran untuk menjenguk Arissa. Pilu melihat Arissa, terbaring dalam kelambu yang dipasang untuk mengelakkan lalat menghurung wajahnya.
Keadaannya kurus, hanya tulang-tulang. Chemoport yang masih tertanam di dadanya amat jelas kelihatan, terbonjol menolak kulitnya.
Dia ingin makan, meminta ibunya membelikannya KFC. Dia sukakan french fries. Saya lihat ibunya membantu dia duduk, memang keadaan dia sangat lemah.
Sudah seminggu dia tidak boleh makan kerana ketumbuhan di dalam mulutnya yang sudah menghalang laluan makanan.
Pun begitu, dia masih mencuba menolak fries masuk ke dalam mulutnya. Dia melakukan itu sendiri kerana mungkin hanya dia yang datang merasakan bahagian mana yang sakit, bahagian mana yang masih boleh bersentuhan dengan makanan yang cuba ditelannya.
Sebarang bantuan boleh salurkan ke akaun bank berikut atas nama Norimi Fazil b. Shamshuddin (Ayah):