
Barangsiapa mempermudahkan orang miskin, Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat.
Barangsiapa menutup aib seseorang, Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.
Allah akan sentiasa menolong hamba-hamba-Nya selama dia menolong saudaranya." [HR Muslim]
Hadis ini menganjurkan untuk memberi kemudahan kepada orang miskin di sekitar kita. Menyediakan kemudahan adalah sebahagian daripada menyelesaikan masalah orang dalam kesulitan dari sudut harta benda, kewangan, tenaga dan sebagainya di dunia atau akhirat.
Rasulullah SAW sendiri melakukan perkara sedemikian sekiranya baginda tidak mampu membantu orang yang mendapat musibah dengan tulang empat keratnya.
Ini kerana doa merupakan satu-satunya 'senjata' orang Mukmin yang boleh mengubah keadaan jika diizinkan oleh Allah SWT.
Pada suatu hari, ada seorang hamba Allah mendapati satu dahan pokok yang merentasi laluan orang ramai. Dia pun bertekad: "Demi Allah, aku akan mengalihkannya supaya tidak menyakitkan (mengganggu) orang Islam. Hasilnya dia dimasukkan ke syurga kerana amalannya itu." (Riwayat Muslim)
Sehubungan itu, Rasulullah SAW bersabda: "Jangan kamu memandang remeh terhadap kebaikan sekalipun hanya dengan kamu menuang air baldi ke dalam bekas orang yang meminta minuman. Ataupun hanya ketika kamu bertemu rakan kamu, kamu tersenyum kepadanya." (Riwayat Bukhari)
Hadis itu jelas menganjurkan kita supaya meringankan tulang untuk membantu mereka yang mengalami musibah atau kesulitan.
Jika ia berlaku di hadapan mata kita, ada baiknya kita menghulurkan tenaga. Bagaimanapun, jika berada jauh, bantulah dari segi kewangan, namun sekiranya tidak mampu juga, sekurang-kurangnya berdoalah kepada Allah SWT supaya orang yang ditimpa musibah dipermudahkan segala urusannya.
![]() |
019-9779062 |
Progress:
|
Goal: RM2000 |
0 comments: