Suami isteri tinggal di pondok terbuka mohon bantuan - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Kuala Selangor - Susah untuk bergerak dengan kaki kiri kudung dalam rumah yang sempit membuatkan pasangan suami isteri tinggal di pondok...

Suami isteri tinggal di pondok terbuka mohon bantuan


Kuala Selangor - Susah untuk bergerak dengan kaki kiri kudung dalam rumah yang sempit membuatkan pasangan suami isteri tinggal di pondok terbuka dengan keadaan serba kekurangan di Kampung Asahan, di sini.

Lebih menyedihkan, rumah PPRT tiga bilik yang dihuni empat anaknya bersama empat cucu itu terlalu padat manakala seorang lagi anak perempuannya yang sudah berkahwin tinggal di pondok kecil bersebelahan rumah itu.

Pendayung sampan, Ahmad Salleh, 62, berkata, hidupnya yang bergantung hasil upah mendayung sampan itu mengehadkannya untuk mengubah suai ruang bilik yang sempurna untuk isterinya.

"Isteri terpaksa mengesot kalau nak ke mana-mana sebab susah nak guna kerusi roda dalam rumah sempit…terpaksalah buat ruang terbuka macam pondok macam ni untuk isteri mudah nak gerak.

"Bukannya ada duit sangat nak buat bilik baru sebab bergantung dengan upah mendayung...kalau dapat bantuan buat bilik siap bilik air untuk isteri, itu sudah cukup memadai," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh datang terus ke PPRT 78, Batu 8 Kampung Asahan.

Orang ramai yang ingin membantu mereka boleh salurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Sarimah Samad:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini