![]() |
Hujan lebat berterusan di Pahang, Kuala Lumpur, dan Selangor. |
Kuala Lumpur - Situasi banjir di seluruh Malaysia semakin buruk dengan ramai mangsa yang tersadai di jalanan akibat tidak dapat menuju ke kediaman masing-masing akibat air membanjiri jalan-jalan utama.
Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia, buat masa ini, hujan lebat menyebabkan kenaikan paras bahaya sungai-sungai akan berterusan sehingga 19 Disember. Air pasang besar dijangka akan memburukkan lagi keadaan.
Kesemua pusat pemindahan telah dikerah untuk dibuka dengan segera untuk menempatkan mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.
Ia berikutan paras air yang naik berikutan pertambahan taburan hujan di seluruh kawasan yang terjejas. Pada masa ini, mereka masih lagi ditempatkan di pusat pemindahan berkenaan sehingga keadaan benar-benar selamat.
Setakat ini mangsa banjir yang telah dipindahkan di Selangor direkodkan lebih 3,100 orang dan Pahang lebih 1,300 orang. Jumlah mangsa dijangka akan bertambah apabila lebih banyak pusat pemindahan banjir dibuka.
Beberapa kawasan di Kuala Lumpur dilanda banjir setelah air Sungai Gombak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur yang berada pada paras bahaya melimpah. Antara kawasan terlibat adalah Masjid Jamek dan Kampung Baru.
Menurut laporan terkini di laman web InfoBanjir, Sungai Batu, Sentul pada tahap amaran dan Sungai Klang, Leboh Pasar dan Sungai Gombak, di Jalan Parlimen pada paras berjaga-jaga.
Sebanyak 16 sungai di Selangor berada pada paras bahaya (merah), dua sungai pada tahap amaran manakala enam lagi pada paras berjaga-jaga, setakat ini.
Sementara itu di Pahang sebanyak 46 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka setakat jam 3 petang.
melibatkan lima daerah terjejas iaitu Raub, Maran, Lipis, Jerantut dan Kuantan.
Berdasarkan laporan InfoBencanaJKM, 18 PPS dibuka di daerah Raub diikuti Maran (sembilan), Lipis (tujuh), Jerantut (enam) dan Kuantan (tiga).
Sementara itu, berdasarkan laporan dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang, sebanyak 14 laluan ditutup sehingga jam 1 petang pada Sabtu.
Goal: RM50000 |
0 comments: