Ibu tunggal berusia 62 tahun itu reda dalam menguruskan anak-anaknya Mohd Amerizam, 42, Mohd Marsudi, 36, dan Mohd Aismuddin, 33, yang kesemuanya lumpuh seluruh badan.
Menurut Rosanani Salleh, anak sulungnya Rozanariah Razali, 43, turut ditimpa nasib yang sama selepas berkahwin dan dijaga oleh suami serta anak-anaknya.
Ketika ditemui di kediamannya di Kampung Teluk Kalung, Rosanani berkata dia tidak menyangka akan ditimpa nasib sedemikian memandangkan masing-masing diserang penyakit saraf itu ketika berusia 20-an dan 30-an.
Katanya walaupun harapan untuk anak-anaknya sembuh adalah tipis, namun dia sentiasa berdoa semoga mereka semua sekurang-kurangnya dapat menguruskan diri sendiri.
“Bila adik ni menangis malam-malam memang saya tak boleh tidur. Tak tahu apa puncanya, tapi kadang-kadang dia nak bangun atau duduk jadi kena angkat supaya dia boleh tidur,” katanya.
Tambahnya, sebelum itu arwah suami Rosanani, Razali Othman yang meninggal pada 2009 turut menghidap penyakit saraf semasa berusia 20-an.
Dengan pendapatan hanya sekitar RM1,000 sebagai penjual lemang, ia tidak mencukupi memandangkan pengurusan dan perubatan anak-anaknya memerlukan kos yang tinggi.
Meskipun keempat-empat orang anaknya menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 seorang, namun jumlah tersebut tidak mencukupi kerana kos lampin pakai buang dan ubat-ubatan sahaja melebihi RM1,000.
“Setakat hasil jual lemang ni memang tak mencukupi sebab anak-anak pakai dan ubat-ubatannya sangat banyak. Jadi kalau ada yang sudi membantu akan sangat meringankan beban saya,” katanya.
Dalam pada itu Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) turut menzahirkan keprihatinan dan berhasrat memberikan bantuan sara hidup secara ‘one-off’ antara RM1,000 hingga RM3,000 setahun kepada adik-beradik tersebut.
Bagi mereka yang ingin membantu boleh berbuat demikian dengan menyumbang ke akaun bank berikut atas nama Rosanani Salleh atau menghubunginya di talian:
0 comments: