Sengsara seorang isteri kaki terpaksa dipotong akibat kemalangan - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Nilai - Tidak diminta nasib seperti ini menimpa diri tetapi tetap redha dengan semua yang telah ditetapkan Ilahi. Setelah lebih dari satu t...

Sengsara seorang isteri kaki terpaksa dipotong akibat kemalangan


Nilai - Tidak diminta nasib seperti ini menimpa diri tetapi tetap redha dengan semua yang telah ditetapkan Ilahi. Setelah lebih dari satu tahun ditinggalkan parut kekal disebabkan kemalangan, nasibnya terus diuji.

Walaupun keadaannya sudah seperti itu, dikatakan bahawa wanita ini masih tidak mendapat pampasan dari mana-mana pihak.

Dengan demikian, dia meminta sumbangan orang ramai untuk membantu mengurangkan beban.

Semoga kebaikan masyarakat Malaysia dapat menolong pasangan ini untuk meneruskan kehidupan dengan lebih selesa.

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada keluarga, saudara mara, sahabat handai, rakan-rakan dan yang mengenali diri saya dan isteri.

Setiap ujian Allah itu ada hikmahnya. Setelah lebih setahun 5 bulan, isteri tercinta terlantar akibat kemalangan jalan raya, sebelah tangan dipotong dan beberapa bahagian tulang patah dari kaki hingga ke tulang belakang. 

Kami diuji lagi baru-baru ini apabila doktor mengatakan sebelah kaki isteri perlu dipotong di atas paras paha akibat masalah saraf yang menjelaskan pengaliran darah.

Allahuakbar. Bukan memohon simpati, tetapi berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sehingga kini tiada lagi sebarang pampasan diterima daripada insurans atau mana-mana pihak berkaitan. Entah di mana silapnya.

Pendapatan bulanan yang ada habis digunakan membeli ubat isteri. Pasti Allah sedang menguji hambaNya yang kerdil dan penuh dosa ini. 

Jika ada yang terdetik hati ingin membantu, hanya Allah membalas jasa kalian. Dan jutaan terima kasih saya ucapkan, biar sekecil RM1, amat bermakna buat kami. Semoga Allah membalas budi kalian dan dirahmati olehNya sentiasa.

Dengan harapan dan doa dari semua sudilah kiranya jika ingin menyumbang ke akaun bank berikut atas nama Noramalina Binti Arifin atau menghubungi talian berikut:



013-2992524
Progress:

RM200 raised

Goal: RM3000



blog counter views


0 comments:

Kongsi Portal Ini