Sebelah kaki terpaksa dipotong, pemuda derita kanser tulang tahap 4 - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Kubang Kerian - Seorang pemuda yang menghidap kanser tulang tahap empat meluahkan rasa rindu untuk berjalan selepas bahagian lutut kanan...

Sebelah kaki terpaksa dipotong, pemuda derita kanser tulang tahap 4


Kubang Kerian - Seorang pemuda yang menghidap kanser tulang tahap empat meluahkan rasa rindu untuk berjalan selepas bahagian lutut kanannya semakin membengkak sehingga terpaksa dipotong.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Naim Azly berharap dirinya tabah menghadapi dugaan tersebut selain memohon bantuan bagi meringankan beban kos rawatan dan keperluan.


Dia yang menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan memuat naik beberapa posting yang mendapat perhatian warganet bagi mendoakan kesihatannya.

“Ya Allah bagi aku kekuatan untuk menahan kesakitan ni, aku mohon padaMU. Bagi la aku kesihatan macam dulu Ya Allah. Aku rindu nak berjalan macam dulu.

“Hampir lapan bulan tidak berjalan.. Ampunkan dosaku ya Allah. Jika anda ingin bantu sedikit sebanyak bantuan dan doa anda amat saya hargai,” katanya.

Menerusi posting terakhir yang dikongsi, pemuda berusia 20 tahun itu mengucapkan ‘selamat tinggal’ pada kaki kanannya itu yang telah banyak berjasa sebelum menjalani pembedahan.

Bagaimanapun, pemuda yang menetap di Kuala Terengganu itu tidak mengemas kini sebarang perkembangan mengenai dirinya selepas berkongsi posting terakhir berkenaan.

Naim Azly
Progress:

RM0 raised

Goal: RM3000



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini