Bayi 12 bulan hidap penyakit hati kronik Biliary Atresia perlukan bantuan - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Setiu - “Saya tidak sanggup lihat penderitaan anak dan mahu dia segera menjalani pembedahan hati sama ada di China atau India, tetapi me...

Bayi 12 bulan hidap penyakit hati kronik Biliary Atresia perlukan bantuan


Setiu - “Saya tidak sanggup lihat penderitaan anak dan mahu dia segera menjalani pembedahan hati sama ada di China atau India, tetapi memerlukan kos tinggi.”

Begitu kata Zamzuri Ahmad, 38, bapa Muhammad Zhafran Amsyar, 12 bulan yang bukan saja menghidap penyakit hati kronik (Biliary Atresia), tetapi juga angin pasang, jantung berlubang dan masalah hempedu.

Zamzuri berkata, dia memerlukan bantuan kewangan RM250,000 bagi membolehkan mereka membawa anak sulungnya ke China atau India bagi menjalani pembedahan.

Menurutnya, dia membawa anaknya menjalani beberapa rawatan termasuk dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, dan Pusat Perubatan Universiti Malaya.

“Bagaimanapun, cadangan PPUM membawa Amsyar ke hospital di China atau India kerana ada kepakaran khas merawat penyakit itu,” katanya.

Menurutnya, beberapa penyakit dialami mennyebabkan perutnya membuncit, tubuh termasuk mata menjadi kuning dan alat sulit membengkak kerana penyakit angin pasang.

“Sepanjang masa Amsyar merengek sakit dan paling ketara pada bahagian kemaluan yang bengkak.

“Saya pun berasa terseksa apatah lagi Amsyar yang menanggung kesakitan itu.

“Setiap dua bulan, saya dan isteri, Nor Alisa Udin, 23, membawa Amsyar ke PPUM untuk bertemu pakar” katanya yang bekerja kilang di Kampung Saujana, Setiu.

“Pertemuan dengan pakar hati di PPUM bagi menetapkan tarikh pembedahan hati di luar negara.

“Jika RM250,000 itu dapat dikumpul dalam tempoh terdekat, pembedahan itu juga dapat disegerakan,” katanya.

Sementara itu, Nor Alisa berkata, masalahnya turut dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) dan Tabung Darul Iman.

Katanya, setakat ini, hanya Maidam yang menyumbangkan RM2,000 iaitu pada tahun lalu.

Orang ramai yang sudi menghulurkan sumbangan boleh salurkan ke akaun bank berikut atas nama Zamzuri Ahmad atau menghubunginya:

011-16816897
Progress:

RM0 raised

Goal: RM50000



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini