Suami rayu bantuan tidak mampu tanggung rawatan perubatan dialisis isteri - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Taiping -  Walaupun dirinya menghidap skizofrenia dan disahkan sebagai OKU, peniaga ayam tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap anak d...

Suami rayu bantuan tidak mampu tanggung rawatan perubatan dialisis isteri


Taiping -  Walaupun dirinya menghidap skizofrenia dan disahkan sebagai OKU, peniaga ayam tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap anak dan isteri yang kini menderita sakit buah pinggang.

Azlan Ariffin, 57, yang berpendapatan kira-kira RM1,350 sebulan juga perlu menanggung tujuh anak selain kos perubatan isteri, Fadillah Mohd Sharif, 46, serta dirinya sendiri.

Lebih malang apabila sudah dua bulan dia tidak dapat berniaga hingga menjejaskan pendapatan disebabkan kesihatan mental yang sentiasa perlu dipantau supaya gangguan dialaminya terkawal.

Dia juga perlu menghantar isterinya untuk menjalani rawatan dialisis selang sehari selain isterinya itu turut menghidap bengkak kaki kiri yang membuatkannya bergerak menggunakan tongkat.

Katanya, dia kini resah apabila permohonannya untuk disenarai di bawah Pangkala Data Kemiskinan Nasional sebelum ini ditolak atas alasan anak keempatnya kini berkhidmat sebagai anggota tentera yang masih mengikuti latihan.

“Atas alasan sama, pengendali pusat dialisis juga menolak permohonan rawatan isteri saya menerusi pinjaman Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan saya kini khuatir permohonan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak untuk rawatan isteri juga akan ditolak.

“Saya sudah tidak tahu mana lagi hendak cari duit kerana sudah banyak berhabis termasuk wang simpanan serta menggadaikan barang kemas isteri untuk membiaya rawatannya,” katanya di rumahnya di Kampung Larut Permai.

Azlan mengakui menerima bantuan bulanan sebanyak RM250 daripada JKM dan RM400 daripada MAIPk, namun ia tidak cukup untuk membiayai kos rawatan isterinya kira-kira RM3,000 sebulan.

Katanya, masalah kewangan itu membuatkan dia yang kini bergantung kepada ubat untuk mengawal emosi mengalami tekanan membuatkan tidak dapat menguruskan perniagaan.

“Empat daripada lima anak yang tinggal bersama di rumah ini masih belajar termasuk seorang menuntut di sebuah universiti di Kuala Kangsar dan disebabkan itu kehidupan kami hanya ‘cukup-cukup makan’ selain mengharapkan sumbangan bulanan dua anak yang sudah bekerja.

“Alhamdulillah setakat ini saya dibantu anak sulung, Nur Affifah Azlan, 26, yang masih menganggur untuk bantu menguruskan ibunya,” katanya.

Orang ramai ingin membantu meringankan beban keluarga ini boleh menghubungi Azlan di talian berikut:

013-4358380
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini