Beraya di rumah yang hampir runtuh, 7 beranak harap bantuan diluluskan - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Kemaman -  Dalam kegembiraan umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal diraikan beberapa hari lagi, nasib tujuh beranak di Kem...

Beraya di rumah yang hampir runtuh, 7 beranak harap bantuan diluluskan


Kemaman -  Dalam kegembiraan umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal diraikan beberapa hari lagi, nasib tujuh beranak di Kemaman, Terengganu pula berbeza apabila satu-satunya rumah yang didiami mereka kini hampir runtuh.

Lebih membimbangkan, Zalifah Seman, 44, dan enam anaknya terpaksa hidup dalam bahaya dan tidak selesa berikutan sebahagian daripada rumah pusaka yang dihuni sejak tiga puluh tahun lalu kini hampir musnah akibat dimakan anak-anai.

Menurut ibu tunggal itu, dia pernah cuba mendapatkan bantuan namun sehingga kini status permohonan tersebut masih tidak diketahui.

"Sudah pernah cuba minta bantuan dahulu. Saya pun tidak tahu sebab (permohonan) itu tidak berjaya. Dahulu kata (permohonan) sudah lulus tetapi selepas pilihan raya (status permohonan tidak diketahui), mungkin sebab kerajaan lain.

"Saya pun tak pasti juga, senyap begitu sahaja. Memang saya tiada duit, cukup-cukup makan sahaja," katanya ketika ditemui pada Sabtu.

Zalifah yang mengambil upah menjahit baju hanya memperoleh pendapatan purata sebanyak RM800 sebulan.

Dengan pendapatan tersebut, dia tidak mampu untuk membaiki rumahnya dan terpaksa menggunakan ruang tamu sebagai 'bilik tidur' dan 'dapur'.

Ini kerana, bahagian rumah lain termasuk bilik tidur tidak lagi boleh digunakan kerana mengalami kerosakan pada bahagian lantai, dinding serta bumbung.

Keadaan tersebut menyebabkan kesemua anak Zalifah yang berusia antara 10 dan 23 tahun terpaksa tidur berhimpit di ruang tamu.

Jelas Zalifah, setiap tahun mereka hanya menyambut lebaran secara ala kadar dan tidak mampu menyediakan kelengkapan hari raya seperti orang lain.

"Sekarang ini belum beli baju raya lagi. Sudah janji dengan dia (anak) untuk beli baju raya. Tunggu pelanggan datang ambil baju tempahan. Bayaran tempahan baju sebelum ini sudah habis buat belanja.

"Ada dapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 untuk dua orang anak bagi bantuan persekolahan," katanya.

Bagi meringankan beban keluarga, dua anak perempuan Zalifah turut membantu mencari pendapatan tambahan dengan mengutip tin minuman untuk dijual dan hanya memperoleh bayaran sebanyak RM3.

Justeru itu, Zalifah berharap agar pihak berkaitan dapat meluluskan permohonannya untuk memiliki kediaman yang selasa.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh membuat sumbangan kepada beliau melalui akaun bank atas nama Zalifah Seman atau boleh hubunginya:

017-9204507
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini