Teluk Intan - Benarlah kata pepatah kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Begitu pengorbanan dan kasih sayang Mohd Soofian Ahmad dan Zaliah Mat Saman, ibu bapa kepada bayi berusia setahun tiga bulan yang menghidap penyakit kegagalan fungsi hati atau Biliary Atresia sejak lahir.
Di saat awal kehamilan lagi, anak yang dikandung itu dijaga dan ditatang bagai minyak yang penuh sehingga sampai waktu untuk melahirkan pada 20 Februari tahun lalu. Apatah lagi bayi itu disahkan doktor sihat setiap kali melakukan rutin bulanan pemeriksaan.
Tiba waktunya, sakit dan perit saat melahirkan tidak pernah dihiraukan dan tangisan pertama bayi itu disambut dengan penuh kesyukuran kerana anak yang lahir itu cukup sempurna sifatnya.
Tentunya zuriat lelaki yang ditunggu selama tujuh tahun menjenguk dunia itu diharapkan dapat menjadi penyambung keturunan.
Namun siapalah kita kerana manusia hanya mampu merancang, lain pula ketentuan Tuhan. Hati ibu mana yang tidak pilu apabila anak lelaki itu tidak seperti anak orang lain malah turut mengidap jangkitan kuman pada paru-paru, jantung tidak kuat dan tulang rapuh.
Zaliah, 45, yang pada mulanya tidak sangka dan terkejut dengan pengesahan doktor itu kini reda dengan dugaan Allah SWT.
Menurut ibu kepada tiga anak, Syamil Ahnaf mula dijangkiti demam kuning yang berlarutan hampir sebulan sebulan dibawa ke Hospital Teluk Intan hingga terpaksa habis berpantang di sana.
Bagi mereka yang ingin memberi sumbangan kepada Syamil, hubunginya atau menghulur bantuan wang melalui akaun bank berikut atas nama Mohd. Soofian bin Ahmad (bapa):
0 comments: