
ADUN Galas, Mohd Syahbuddin Hashim berkata, masalah keluarga itu tidak harus dibiarkan kerana pasangan terbabit, Auseng Ngoh, 35, dan isterinya, Haida Abdullah, 32, mempunyai tiga anak yang masih bersekolah.
Beliau bimbang jika kesusahan mereka berterusan akan menjejaskan tumpuan pelajaran tiga anak. “Saya akan berbincang dengan pelbagai pihak termasuk Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan berhubung perkara itu.
“Kita amat sedih melihat kehidupan lima beranak yang tinggal dalam bangsal usang kerana tidak mampu menyewa rumah,” katanya ketika melawat lima beranak itu, hari ini.
Hari ini, media melaporkan lima beranak tinggal di bangsal usang di Kampung Bukit Gajah, Jalan Industri kerana kemiskinan hidup.
Lebih menyedihkan, keadaan bangsal dibina di atas tanah kerajaan itu cukup uzur dengan atap bocor serta berdindingkan zink dan kain, selain berlantaikan kayu reput serta tiada bekalan air dan elektrik.
Mohd Syahbuddin berkata, keluarga terbabit juga mengakui pernah memohon rumah bantuan banjir selepas rumah sewanya di Kampung Baru, di bandar ini dihanyutkan banjir besar Disember 2014.
Katanya, beliau menggesa pihak berkenaan menyemak semula permohonan rumah bantuan banjir keluarga terbabit.
“Kita juga terkejut apabila dimaklumkan mereka terpaksa tinggal di bangsal usang kerana tiada pilihan kerana tidak mampu membayar rumah sewa,” katanya. Orang ramai yang ingin membantu boleh berbuat demikian.
0 comments: