
Simpang Renggam - Kisah ketabahan seorang suami menjaga isteri tercinta yang disahkan mengidap kanser otak, kanser saraf dan kanser payudara ini wajar dijadikan iktibar. Usahanya untuk mendapatkan rawatan buat isterinya tidak pernah terhenti.
Ya Allah, Engkaulah yang aku sembah dan tempat meminta doa. Semoga dapat meringankan kesakitan Kanser Otak, Kanser Saraf dan Kanser Payudara iaitu Isteri ku yang bernama Siti Asmara Binti Kamal sehinggakan tangan bengkak akibat dari pembedahan Kanser Payudara sebelah kiri.
Ya Allah yang Maha Mengetahuinya, Engkau ampunkanlah segala dosa dan ringankan kesakitan setiap malam. Tangan ini lah yang akan menjadi saksi bahawa suamimu Abdul Wahab Mah yang akan memimpinmu masuk Syurga yang mana kamu sukai. Tangan ini lah yang telah melahirkan 7 orang cahaya mata dan menyeri hidupku Ya Allah.
Sesungguhnya hanya kepada Engkau sajalah merayu segala doa ku supaya meredhai ketentuan Qadak dan Qadar. Kekadang aku pujuk diri ku supaya diberikan kekuatan dan keimanan menghadapi dugaan dan cubaan yang paling besar yang pernah aku lalui.
Isteri aku inilah yang pernah mempertaruhkan nyawanya demi melahirkan zuriatnya, sungguh pun disaat akhir ini beliau masih berjuang untuk melangsungkan sisa hidup di akhir hayat. Semoga Engkau terimalah segala ibadah dan ketabahan beliau.
Bagi yang ingin menyumbang untuk meringankan perbelanjaan rawatan boleh menyumbang ke akaun bank berikut atas nama Abdul Wahab Mah Bin Abdullah atau hubunginya:
![]() |
016-7179098 |
Progress:
|
Goal: RM500 |
0 comments: