
Sungai Buloh - Siapa sangka tubuh badan yang dulunya sihat dan bebas melakukan apa sahaja tapi kini hanya mampu terlantar sahaja di atas katil. Itulah yang dialami oleh seorang pelajar yang dulunya aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah namun kini disahkan menghidap kanser tulang.
Kini, beliau sedang terlantar sakit. Beliau dipercayai menghidap kanser tulang dan sedang menerima rawatan. Beliau terpaksa disuntik dengan Morfin setiap 4 jam sekali untuk mengurangkan kesakitan yang dialaminya. Kos rawatan dianggar mencecah sehingga RM70,000. Untuk pengetahuan semua, ibunya juga sedang sakit Stroke.
Pastinya, tiada apa yang lebih mengejutkan bila doktor mengesahkan kita menghidap kanser. Lebih menyedihkan, disebabkan sel kanser tulang itu sudah merebak dan doktor mencadangkan agar bahu dan tangannya dipotong demi menyelamatkan nyawanya.
Inilah perasaan dilalui oleh seorang remaja, Mohd Shafuan Nor Azahar, 19 tahun apabila disahkan mengidap kanser tulang.
Asalnya, dia hanya berasa belikatnya lenguh-lenguh dan sesekali rasa sakit. Namun dia yang bekerja di bahagian penyediaan makanan di Sungai Buloh beranggapan rasa lenguh dan sakit belakang itu hanya sebahagian dari kerjanya yang perlu menganggap barang-barang.
Biar sudah melakukan urutan bagi menghilangkan rasa lenguh namun rasa sakit itu tetap ada. Sentiasa berulang-ulang sekaligus memaksanya membuat pemeriksaan lanjut di hospital.
“Mulanya saya pergi ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) tetapi selepas diberi ubat, rasa sakit di bahagian belikat itu tetap ada. Kemudian saya buat rujukan di Hospital Sungai Buloh pula. Ketika itulah MRI dilakukan dan mendapati seperti kanser. Kes saya kemudian dirujuk semula ke HKL dan disahkan sebagai kanser tulang,” katanya ketika ditemui di HKL.
Dalam pada itu, menurut bapanya Nor Azhar, bila dimaklumkan anaknya mengidap kanser tulang, dia seperti tidak percaya kerana anaknya cukup aktif dan sihat.
Jelasnya, ketika anaknya bersekolah di SMK Undang Jelebu, Negeri Sembilan, anak keduanya ini seorang yang sangat aktif malah pasukan kadet Koreksional disertainya menjadi Johan Kebudayaan sempena Perkhemahan Kadet Koreksional peringkat Kebangsaan pada tahun 2015.
“Anak juga pernah menyertai Perkhemahan Kadet Koreksional peringkat Negeri dan Kebangsaan pada 2012, 2013, 2014 dan 2015, sejak dari tingkatan 1 lagi selain bermain bola sepak dan mewakili Jelebu di peringkat negeri,” katanya secara jujur sebagai bapa, dia berusaha membawa anaknya itu berubat secara tradisional.
“Kami ada berusaha berubat kampung tetapi situasi keadaan Shafuan masih sama. Sakitnya dan bengkaknya berulang-ulang. Saya kemudian membawa anak kembali ke HKL dan semasa di hospital itu, anak perlu buat enam kali pusingan kimoterapi.
“Semasa kali pertama kimo dilakukan, bengkak di bahagian bahunya itu pecah dan mengeluarkan darah dengan banyak. Alhamdulillah anak sempat habiskan enam kali kimonya dan ketika itu saya nampak bengkaknya sudah surut.
Selain berdoa, turut dialu-alukan sumbangan berbentuk kewangan. Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun bank milik ayahnya, iaitu Nor Azhar bin Hussin:
![]() |
019-6100773 |
Progress:
|
Goal: RM70000 |
0 comments: