Bayi baru dilahirkan ditinggal di depan surau Teluk Cempedak - KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang ada di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Kuantan - Gerak hati seorang penjaga tandas ingin memeriksa surau di Pantai Teluk Cempedak pagi ini, membawa kepada penemuan seorang bayi ...

Bayi baru dilahirkan ditinggal di depan surau Teluk Cempedak


Kuantan - Gerak hati seorang penjaga tandas ingin memeriksa surau di Pantai Teluk Cempedak pagi ini, membawa kepada penemuan seorang bayi lelaki yang diletak dalam sebuah kotak di depan surau itu.

Bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu dengan tali pusatnya sudah dipotong, dijumpai Zahidah Abd Rashid, 45, pada kira-kira 10 pagi.

Menurut Zahidah, ketika hendak memulakan tugas pagi ini beliau tergerak hati untuk memeriksa tandas dekat surau untuk memastikan pintunya berkunci atau tidak.

Biasanya saya tidak periksa surau pada masa macam hari ini tetapi pagi ini saya berasa hendak pergi ke situ dan berasa pelik apabila ternampak sebuah kotak ditinggalkan di depan surau.

“Apabila saya menghampirinya terdengar bunyi dari arah dalam kotak tersebut dan saya sangkakan mungkin orang membuang anak kucing di situ, namun saya berasa amat terkejut apabila kotak itu dibuka, didapati dalamnya terdapat seorang bayi.

“Ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu perasaan (saya), badan saya jadi menggigil dan panik sebentar sebelum bertindak memanggil rakan sekerja yang lain,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya seorang daripada rakannya kemudian menghubungi polis untuk melaporkan penemuan bayi itu.

Zahidah berkata beliau sempat memeriksa bayi itu sebelum polis tiba dan mendapati dia dalam keadaan bersih dan hanya ada sedikit tompokan darah di sekitar bahagian tali pusatnya.

“Saya rasa orang yang buang bayi ini tahu kawasan Teluk Cempedak ini tidak ramai pengunjung pada awal pagi kerana hari bekerja, sebab itu kawasan ini dipilih,” katanya yang baru sebulan bekerja di situ.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali ketika dihubungi mengesahkan penemuan bayi itu.

“Bayi itu ditemui dalam keadaan bersih, cukup sifat dan sihat dan dipercayai dilahirkan dalam tempoh kurang 24 jam.

“Ketika ditemui bayi itu diletakkan di dalam kotak yang beralaskan kain batik serta dibalut dengan sehelai tuala dan dia telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk mendapatkan rawatan lanjut ,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat sila hubungi Balai Polis Kuantan - 09-505 2222.

0 comments:

Kongsi Portal Ini