Surirumah hidap kanser tulang, perlu bantuan untuk pembedahan - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Bangi - Seorang suri rumah yang menderita kanser tulang memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM30,000 bagi menampung kos pembedahannya. R...

Surirumah hidap kanser tulang, perlu bantuan untuk pembedahan


Bangi - Seorang suri rumah yang menderita kanser tulang memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM30,000 bagi menampung kos pembedahannya. Rosmawati Mohd Tamilin, 45, berkata, pembedahan itu dijangka bakal dijalaninya pada bulan Mei ini.

Rosmawa memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM30,000 bagi menjalani pembedahan kanser tulang dihidapinya. Menurutnya, suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan sebanyak RM2,000 sebulan tidak mampu membiayai rawatan berkenaan. 

Menceritakan sejarah penyakit dihidapi, Rosmawa yang kini sukar bergerak dan perlu bergantung kepada tongkat untuk berjalan berkata, sebelum ini dia pernah menghidap kanser payudara.

“Saya jalani pembedahan membuang ketumbuhan pada tahun 2011, selepas itu kehidupan normal hinggalah saya mula sakit di bahagian tulang belakang, tahun lalu. 

“Saya hanya tahu kanser sebelum ini berjangkit ke tulang lepas buat pemeriksaan di hospital,” katanya. Rosmawa yang menetap di Bukit Mahkota, Bangi berkata, keadaan itu menyebabkan tulangnya menjadi nipis dan dia sukar berjalan seperti biasa. 

Dia kemudian mendapatkan rawatan di Institut Kanser Negara selama sebulan pada Januari lalu sebelum dibenarkan pulang dan perlu menjalani pembedahan pada Mei ini. “Doktor beritahu saya perlu jalani pembedahan itu di Hospital Putrajaya dan anggaran keseluruhan kos hampir RM30,000. 

“Saya dan suami, Mohd Syahrul Nizam Md Idris, 43, memang tak mampu tanggung kos itu apatah lagi perlu tanggung tiga daripada enam anak yang masih bersekolah,” katanya. Rosmawati kini sukar bergerak selepas menghidapi kanser tulang. 

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan menerusi nombor akaun bank berikut atas nama Rosmawati Mohd Tamilin atau hubunginya:

018-2153133
Progress:

RM0 raised

Goal: RM30000

0 comments:

Kongsi Portal Ini