Pasangan warga emas lumpuh berjanji sehidup semati - KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang ada di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Kota Bharu - Walaupun tidak mampu berjalan, suami isteri warga emas saling melengkapi antara satu sama lain untuk meneruskan kelangsungan...

Pasangan warga emas lumpuh berjanji sehidup semati


Kota Bharu - Walaupun tidak mampu berjalan, suami isteri warga emas saling melengkapi antara satu sama lain untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Sebelum ini pasangan berkenaan menyara kehidupan dengan berniaga di kedai makan secara kecil-kecilan sebelum Mek Jah Deris, 65, diserang angin ahmar empat tahun lalu menyebabkannya lumpuh separuh badan di bahagian kanan.

Suaminya Yusoff Che Man, 72, tidak boleh berjalan sejak dua bulan lalu selepas terjatuh di rumahnya yang mengakibatkan tulang pinggulnya retak.

Mek Jah berkata, selepas diserang angin ahmar dia tidak boleh bercakap dan berjalan, tetapi hasil rawatan di hospital dan tradisional dia kembali boleh bertutur dan berjalan dalam tempoh beberapa bulan.

“Namun, lebih tiga tahun lalu saya sekali lagi terjatuh menyebabkan badan lumpuh dan untuk bergerak saya hanya mampu mengengsot.

“Saya juga perlu memakai lampin pakai buang kerana tidak boleh pergi ke tandas sendiri dan perlu bantuan suami atau anak angkat.

“Bagaimanapun, dua bulan lalu, suami pula terjatuh sehingga retak tulang pinggul dan tidak dapat berjalan,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Tembesu Limbat, Pasir Tumboh, Kota Bharu hari ini.

Mek Jah berkata, dia bersyukur, anak angkat, Mohd Nazir Abdullah, 32, dan cucu angkat, Mohd Naqib Danial, 15, menjaganya di samping saudara mara dan jiran yang menghulur bantuan dan makanan.

Katanya, anak angkat yang dijaga sejak bayi itu kini mengambil alih menjual makanan di kedai mereka secara kecil-kecilan.

“Kami tidak mempunyai anak dan mengambil empat anak angkat sebelum tiga daripadanya meninggal dunia lebih 10 tahun lalu masing-masing akibat demam, leukimia dan jantung.

“Alhamdulillah, kami juga mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM400 sebulan,” katanya.

0 comments:

Kongsi Portal Ini