
Petrajaya - Dayang Khadijah Awang Zakaria mengerjakan umrah di Makkah Januari lepas menggunakan khidmat agensi.
Pada 27 Januari, Dayang Khadijah, 67, berasal dari Kampung Samariang Lama, Kuching, koma semasa menunaikan ibadah tersebut.
Oleh kerana darurat, beliau “terpaksa” dimasukkan ke Hospital International Medical Centre Jeddah – sebuah hospital swasta.
Mengejutkan, menurut sumber anak beliau Zuhaida Abdullah, 29, kos perubatan ibunya seminggu itu mencecah sekitar 97,000 riyal (RM105,000).
Dalam pada itu, disebabkan menerima rawatan, Dayang Khadijah telah terlepas penerbangan pulang ke Kuching.
Sebaik sahaja Dayang Khadijah stabil, beliau dibawa pulang ke tanah air dengan bantuan Konsulat Malaysia 2 Februari lepas.
Kini, Dayang Khadijah menerima rawatan lanjut dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, Dayang Khadijah masih berhutang dengan hospital di Jeddah tersebut dan keluarga beliau tidak berkemampuan menyelesaikannya dalam tempoh 10 hari yang ditawarkan.
Menurut Zuhaida setakat ini bersama-sama Persatuan Sukarelawan Sarawak, kutipan dijalankan bagi mengumpul dana untuk membayar hutang ibunya itu.
Orang ramai yang ingin membantu Dayang Khadijah menyelesaikan hutang bagi kos rawatan perubatan beliau di Jeddah itu boleh menyalurkan bantuan kewangan ke akaun bank berikut atas nama Persatuan Sukarelawan Sarawak (Sarawak Volunteers) atau hubungi mereka:
![]() |
013-7024670 |
Progress:
|
Goal: RM100000 |
0 comments: