
Alor Setar - Pasangan suami isteri warga emas dari Jalan Dato Kumbar di sini menyambut Tahun Baharu Cina hari ini dalam serba kekurangan disebabkan kemiskinan dialami mereka.
Tambahan pula, Chan Ah Lay, 72, perlu menjaga suaminya Lee Juan Huat, 74, yang terlantar sakit selepas jatuh dalam bilik air selain menghidap kanser darah sejak beberapa tahun lepas.
Chan berkata kekangan kewangan menyebabkan dia tidak melakukan sebarang persiapan untuk sambutan perayaan itu malah perlu berulang-alik ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini membawa suaminya itu berjumpa doktor pakar setiap dua minggu sekali untuk pemeriksaan darah.
"Tahun Baharu Cina kali ini disambut dengan pilu, sebab saya perlu memberi tumpuan menjaga suami yang (kini) terlantar di katil selepas jatuh bilik air sebulan lepas dan kerana selalu tiada di rumah, saya juga putus pendapatan kerana tak dapat upah menjahit pakaian.
“Hidup kami susah ketika ini, untuk ke hospital pun mengharapkan sumbangan rakan-rakan buat tambang, kalau tak ada duit, tak pergilah kerana tambang van sahaja mencecah RM80 pergi dan balik,” katanya.
Chan berkata dia memerlukan wang antara RM500 hingga RM600 sebulan untuk membeli lampin pakai buang dan susu khas termasuk membayar kos pengangkutan swasta bagi membawa suaminya ke hospital itu kerana Lee tidak boleh berjalan.
Lebih memilukan, katanya, mereka juga sekadar menumpang di tingkat atas sebuah rumah kedai atas ihsan seorang rakannya.
Sementara itu, kesusahan yang dilalui pasangan berkenaan mendapat perhatian NGO Cancer Survivors Malaysia yang berkunjung serta menyampaikan sumbangan barangan keperluan makanan asas serta tilam khas bagi memberi keselesaan kepada Lee.
Pengasasnya, Zuraini Kamal berkata pihaknya akan berusaha membantu pasangan warga emas itu mendapatkan bantuan daripada JKM serta bantuan lain mengikut keperluan.
"Saya merayu pemimpin setempat, agensi serta pihak korporat dapat menghulurkan sumbangan sewajarnya kerana mereka juga berhak mendapat pembelaan," katanya. Orang ramai yang ingin membantu pasangan itu boleh menghubungi Chan di talian:
![]() |
012-4760335 |
Progress:
|
Goal: RM500 |
0 comments: