Ibu menangis setiap hari anak gadis hilang sejak 30 Mei tahun lalu - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Shah Alam - “Pulanglah adik, hampir setiap hari ibu menangis kerana bimbang dan teringatkan kamu,” kata Muhamad Azwan Ahsuary, 21. Adik...

Ibu menangis setiap hari anak gadis hilang sejak 30 Mei tahun lalu


Shah Alam - “Pulanglah adik, hampir setiap hari ibu menangis kerana bimbang dan teringatkan kamu,” kata Muhamad Azwan Ahsuary, 21.

Adiknya, Asmida, 17, dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kandis, Bachok, Kelantan sejak 30 Mei tahun lalu.

Asmida atau lebih dikenali sebagai Ida yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini hilang dengan berpakaian sekolah.

Muhamad Azwan berkata, sebelum kejadian, ibunya, Rohana Rohni, 43, menghantar adiknya ke sekolah dengan menaiki motosikal dari rumah mereka di Kampung Tok Kederat Telong pada jam 7.10 pagi.
.
“Namun, Ida gagal dikesan ketika ibu pergi menjemputnya untuk pulang selepas tamat sesi persekolahan kira-kira jam 2 petang.
.
“Pada mulanya, kami sekeluarga menyangka dia hanya pergi ke rumah rakannya namun mereka mendakwa Ida dilihat meninggalkan sekolah menaiki sebuah kereta Perodua Kancil.
.
“Pelbagai cara dan merata tempat kami pergi mencari Ida tetapi masih menemui jalan buntu,” katanya ketika ditemui di sini.

Beliau berkata, laporan polis mengenai kehilangan anak ketiga daripada enam beradik itu kemudian dibuat keluarganya di Balai Polis Bachok pada 31 Mei tahun lalu.
.
“Kini, sudah sembilan bulan Ida menghilangkan diri dan membuatkan kami bimbang akan keselamatan dirinya,” katanya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di bandar raya ini.

Sepucuk surat yang ditinggalkan Nur Asmida Ashuary di dalam biliknya yang meminta tolong ibu bapanya. Muhamad Azwan berkata, adiknya ada meninggalkan surat memaklumkan meminta maaf kepada ibu bapa dan minta dihalalkan makan minum sekiranya tidak pulang lagi ke rumah.

“Tidak tahu mana silapnya berikutan tiada perselisihan faham berlaku dalam keluarga kami. Ida seorang yang periang namun lebih banyak mendiamkan diri sebelum kejadian. “Pulanglah Ida dan kami semua maafkan kamu jika takut untuk pulang ke rumah. Jika ada orang yang terambil Ida, kami mohon untuk pulangkan semula kepada kami,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Asmida boleh menghubungi Muhamad Azwan di talian 011-61169395.

0 comments:

Kongsi Portal Ini