
Bagan Serai - “Dapat kereta (Perodua) Kancil pun jadilah, asalkan boleh bawa anak istimewa saya dapatkan rawatan dan tak kena hujan,” kata Haslizah Ibrahim, 31, ibu kepada Nour Rabiatul Adawiyyah Iman Mohamad Fauzi, 9, yang menghidap penyakit saraf, ketumbuhan dalam otak dan sawan.
Bagaimanapun, Haslizah sedar tidak mampu untuk membeli kereta itu dan selama ini hanya bergantung kepada motosikal untuk membawa anaknya ke Hospital Taiping bagi rawatan susulan.
Katanya, anak bongsu daripada tiga beradik itu perlu ke hospital dua ke tiga kali sebulan dan mereka terpaksa menunggang motosikal lebih 20 kilometer dari rumah di Taman Lembah Beriah, Gunung Semanggol, Bagan Serai.
“Suami (Mohamad Fauzi Abd Wahab, 39) tunggang dan kami bonceng di belakang. Rutin ini sudah bermula sejak anak menghidap penyakit itu, lapan tahun lalu.
“Jika hujan, kami terpaksa berteduh di mana-mana sahaja kerana Adawiyyah tidak boleh kena hujan. Nak menyewa kereta kami tak mampu, apatah lagi membeli kereta meskipun yang terpakai,” katanya ketika ditemui, hari ini.
Menurutnya lagi, Mohamad Fauzi hanya bekerja kampung dan mereka mempunyai dua lagi anak, Nor Umairah, 14, dan Shah Habib, 11, yang masih bersekolah.
Katanya, perbelanjaan untuk Nour Rabiatul Adawiyyah Iman tinggi menyebabkan mereka perlu berjimat, selain bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM350.
“Adawiyyah bergantung kepada susu khas RM88 setin yang hanya tahan seminggu, belum termasuk lampin pakai buang dan kos rawatan lain,” katanya. Orang ramai yang mahu membantu boleh menghubungi Haslizah di talian berikut:
![]() |
011-5760 5916 |
Progress:
|
Goal: RM500 |
0 comments: