Ibu sakit kanser mahu keadilan untuk anak maut dilanggar lari - KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang ada di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Ketika kisah ini ditulis, sudah lebih 70 hari anaknya meninggal dunia. Allahyarham anaknya juga telah selamat dikebumikan. Namun Wan Hasm...

Ibu sakit kanser mahu keadilan untuk anak maut dilanggar lari


Ketika kisah ini ditulis, sudah lebih 70 hari anaknya meninggal dunia. Allahyarham anaknya juga telah selamat dikebumikan. Namun Wan Hasmiza Wan Ismail masih dalam keadaan tertanya-tanya. Siapakah yang melanggar anaknya pada malam 18 Oktober 2018 lalu? Ditambah pula, sebagai penghidap kanser Limfoma tahap 2B, Wan Hasmiza berharap selagi dia masih hidup dia mahu kematian anaknya itu ada titik noktahnya.

Dia mahukan keadilan buat anaknya. Wan Hasmiza merayu agar saksi kejadian yang melihat kemalangan maut melibatkan anak sulungnya Nor Hafiz Hafizan Raja Nor Azuan, 19 tahun di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran susur keluar ke Lebuhraya Persekutuan tampil dengan segera bagi meredakan pertanyaan yang membelenggu jiwa raganya. 

Ketika ditemui di kediamannya yang terletak di Mentari Court, Petaling Jaya, Selangor, ternyata ibu kepada empat orang anaknya ini ma Gambar kenangan bersama Along “Sebagai ibu, saya mengharapkan keadilan buat anak saya. Perkataan pertama yang saya dengar adalah anak saya dilanggar lari. Cuma saya mahu keadilan untuk anak saya. Saksi atau si pelaku, kalau tengok atau terbaca cerita saya ini, tolonglah. 

“Tolonglah letak anda di tempat saya. Kalau saya sihat seperti orang lain, mungkin saya tidak terdesak seperti ini. Hafiz tunggak keluarga kami dan jadi semangat saya. Apabila dia sudah tidak ada, saya mahukan keadilan buat dia. “Dia banyak berjasa dekat saya. Saya mahu seandainya si pelaku atau saksi yang nampak kejadian berlaku pada malam itu, tolong tampil bagi keterangan dekat saya. 

Kalau takut hendak pergi ke Balai Polis, anda boleh datang bertemu saya di rumah. Boleh hubungi nombor telefon saya, 018-4675768,” katanya dengan nada cukup sedih. Wan Hasmiza bersungguh-sungguh mahu mengetahui cerita sebenar yang berlaku pada malam Jumaat itu. “Saya sudah beri masa yang teramat panjang. Sekarang ini tidak ada sebarang berita yang saya terima. Saya mahukan keadilan buat dia. Minta tolong sangat. Siapa sahaja. 

Tidak kira bangsa apa sekalipun, siapa yang rasa dia yang terlanggar, maknanya bukan saya kata dia yang langar tetapi terlanggar anak saya, tolonglah jumpa dengan saya.Kalau tidak mahu malu, boleh datang secara personal ke rumah dan jumpa saya. “Tolong beritahu cerita sebenar sebab sekarang ini saya dalam keadaan teka-teki sama ada betul anak saya dilanggar lari atau terbabas. Saya redha dia pergi. Tetapi saya hendak betul-betul cerita itu perkara yang sebenar,” katanya bersungguh-sungguh. 

Hanya mereka yang bergelar ibu sahaja tahu akan perasaan Wan Hasmiza. Anaknya sudah tidak ada di hadapan mata. Sekadar gambar yang disimpan di dalam telefon bimbit jadi kenangan tatkala rindu menjelma. Sesekali jatuh juga air mata melihat senyuman manis anak sulungnya itu. “Sebagai emak, saya amat rindu pada Hafiz. Ya Tuhan. Hanya Dia sahaja yang tahu. Di atas dunia ini, dialah semangat saya apabila saya disahkan sakit kanser. 

Dialah yang banyak membantu saya selain daripada anak nombor dua dan suami saya. “Dia yang banyak membantu saya. Daripada tidak boleh masak, dia yang tolong masak. Dia tolong suapkan saya. Sekarang ini saya mengharapkan dia berada dalam syurga Firdaus di kalangan orang soleh lain. Cuma sekarang ini saya mahu keadilan. “Saya harap sangat agar dia datang dalam mimpi saya. Namun, hanya sekali sahaja dia datang dalam mimpi sahaja. 

Itu pun masa saya dalam keadaan bukan betul-betul sedar. Ketika itu saya seperti hilang arah. Mungkin dia datang untuk memberi tahu bahawa dia tidak senang di ‘sana’. “Jadi, saya ubah hidup saya. Saya ubah cara saya. Saya banyak buat solat taubat, solat tahajud dan solat hajat untuk dia. Selepas itu dia tidak datang lagi dalam mimpi saya sehingga ke hari ini,” katanya yang ingin sangat bertemu anak kesayangannya di alam mimpi. 

Menurut wanita berusia 40 tahun yang terpaksa berhenti kerja Februari 2018 lalu berikutan kesihatannya semakin lemah kerana kanser, dia begitu terkilan kerana tidak sempat untuk menyambut ulang tahun ke 19 anak sulungnya itu. “Semuanya sudah saya sediakan termasuk membeli makanan, penyediaan permainan malah pemilihan tema baju yang bakal disambut pada hari Ahad. Saya ingatkan untuk maklumkan pada anak hari Jumaat itu tetapi Allah lebih sayangkan dirinya,” ceritanya lagi. 

Wan Hasmiza menunjukkan barangan yang tidak sempat digunakan untuk majlis hari lahir Hafiz Mengimbas semula kisah malam tersebut, kata Wan Hasmiza sekitar jam 11 lebih, pihak polis memaklumkan kepadanya bahawa anaknya kemalangan di Jalan Klang Lama dan kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). 

“Saya baru sahaja masuk tidur ketika itu ditambah rasa tidak sihat akibat kanser. Bila ketukan di pintu, pihak polis memaklumkan kejadian ini. Awalnya saya menyangka bahawa anak kemalangan biasa sahaja. “Tapi selepas pihak polis pulang, saya ternampak seorang lelaki seperti mencari-cari rumah seseorang. Saya tegur dia, katanya dia mencari rumah Nor Hafiz. 

Bila saya kata saya emak Along, dia maklumkan anak kemalangan di Lebuhraya LDP dan mayatnya ada di lokasi kejadian. “Mulanya saya tak percaya kerana pihak polis baru maklumkan lain tapi dia cakap dia bawa bukti iaitu kad pengenalan anak, ketika itulah saya mula rebah sehingga perlu dipapah. Kami bergegas ke lokasi kejadian dan benar Along sudah terbujur kaku,” katanya dengan nada sedih. 

Jelas Wan Hasmiza lagi, dari cakap penunggang motosikal, mereka mengakui sudah mengalihkan motosikal Along dari lorong tengah ke tepi sementara mayat anak masih berada di lorong laju. Wan Hasmiza menjelaskan lagi akibat kemalangan, bahagian kepala anaknya cuma ada sedikit luka. Tak ada patah di bahagian tubuhnya. 

Pada hari kejadian, Wan Hasmiza terkilan kerana anaknya tidak sempat makan lauk kari makanan kesukaannya. “Biasa lepas balik dari Politeknik Shah Alam, arwah akan makan nasi dahulu tapi pada hari itu, dia solat dulu. Makan pun tak sempat sebelum bergegas ke tempat kerja. Sebab itulah saya begitu terkilan kerana anak tak sempat jamah makanannya. 

“Selepas kemalangan barulah saya dapat tahu bahawa anak saya disayangi ramai. Dia juga aktif dalam kerja dakwah dan kebajikan Islam dengan memasuki Persatuan Pelajar Islam Selangor,” katanya lagi. Daripada kawan-kawannya juga barulah Wan Hasmiza mengetahui bahawa duit gaji kerja sambilan anaknya itu telah banyak dihabiskan membantu gelandangan dan mewakafkan Al-Quran untuk keluarganya. Sebab itulah dia selalu tidak ada duit. “Betapa mulianya hatimu anak !” ujar Wan Hasmiza mengakhiri perbualan.

Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh hubungi Puan Hasmiza 018-4675768.


0 comments:

Kongsi Portal Ini