Ebby Yus hidap sakit buah pinggang tahap tiga - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Kuala Lumpur - “Saya hanya mampu mengharapkan ehsan kawan-kawan saja,” kata pelawak popular, Ebby Yus, 55 dengan nada berseloroh selepas ...

Ebby Yus hidap sakit buah pinggang tahap tiga


Kuala Lumpur - “Saya hanya mampu mengharapkan ehsan kawan-kawan saja,” kata pelawak popular, Ebby Yus, 55 dengan nada berseloroh selepas hilang mata pencarian dalam bidang seni akibat menderita pelbagai penyakit yang dihadapinya.

Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid mengakui keadaannya kini lemah selepas disahkan doktor mengidap penyakit buah pinggang tahap tiga hampir setahun lalu, malah keadaan penyakit lamanya iaitu jantung semakin lemah.

“Memang saya mempunyai masalah jantung sudah lama dan masih mengambil ubat yang dibekalkan doktor. “Namun sejak enam bulan yang lalu penyakit lain pula kini datang. Doktor mengesahkan saya mengidap penyakit buah pinggang bocor dan kini sudah peringkat tiga.

“Akibat penyakit itu, jantung saya kini pula semakin lemah dan memang dia bersangkut-paut dengan masalah buang pinggang saya kata doktor.

“Tetapi saya bersyukur kerana ia masih belum di peringkat yang memerlukan saya membuat dialisis, namun doktor kata tiada ubat untuk rawatannya tetapi hanya menasihatkan saya supaya menjaga makanan,” katanya dengan nada sayu dan tersekat-sekat ketika dihubungi hari ini.

Beliau yang pernah dicalonkan sebagai Top 5 kategori Artis Komedi Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular BH 2014, mengakui tiada lagi sumber pendapatan sejak diuji dengan dua penyakit kronik ini.

“Kali terakhir saya menerima tawaran mengacara program Meja Bulat di TV3, itupun dibuat secara rakaman tahun lalu. Pada sesi rakaman itu pun saya sudah tidak sihat, badan lemah, perut dan kaki semakin membesar disebabkan masalah buah pinggang.

“Kini saya tidak mampu bergerak jauh kerana badan terasa lemah dan lebih banyak berehat di rumah. Jika ada tawaran berlakon di luar Kuala Lumpur, saya terpaksa tolak tidak mampu bergerak jauh, tetapi jika ada tawaran rakaman di studio, Insya-Allah saya cuba gagahkan.

"Apa lagi yang boleh saya buat untuk meneruskan hidup, kalau bukan dalam bidang seni. Perniagaan restoran dengan rakan kongsi tidak lagi diteruskan kerana tidak untung, malah saya terpaksa menyerahkan kereta saya kepada orang kerana tidak mampu membayarnya lagi,” katanya yang sesekali tidak mahu mengeluh tetapi mengambilnya sebagai ujian dari Allah.

0 comments:

Kongsi Portal Ini