Adik kecil hidap sakit buah pinggang sejak lahir - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Ampang - Assalamualaikum dan salam yaumil jum’ati. Sebelum itu saya ingin meminta maaf kepada anda semua, dan minta tolong luangkan masa ...

Adik kecil hidap sakit buah pinggang sejak lahir


Ampang - Assalamualaikum dan salam yaumil jum’ati. Sebelum itu saya ingin meminta maaf kepada anda semua, dan minta tolong luangkan masa sekejap untuk adik ini.

Malam tadi saya terjumpa dengan adik ini di pasar malam Bandar Baru Ampang, first saya tengok, saya ingat adik ini selsema biasa sahaja, dan saya agak meragui andaian saya, so saya pun rasa tak berpuas hati, saya ikuti adik ini dari belakang.

Rupanya adik ini sedang ikut nenek dia berniaga lemang di pasar malam Bandar Baru Ampang, saya pun pergilah jumpa nenek adik ini, dan bertanya, kenapa dengan adik ini, rupanya nenek dia cakap, dia ada sakit buah pinggang dari mula lahir lagi, Ya Allah sebak hati saya bila mendengar sakit yang adik ini derita, dan setiap hari la adik ini akan melekat paip dan beg air kencing ini di badan dia.

Ya Allah, dari baby sampai sekarang umur 4 tahun adik Daniel ini tiada apa perubahan lagi, nenek dia cakap dua minggu sekali dia akan bawa Daniel pergi hospital. Cuba anda bayangkan, budak kecil seumur 4 tahun dah menderita sakit buah pinggang, tapi Alhamdulillah, Allah masih beri kekuatan kepada adik ini, adik ini aktif malam tadi saya tengok, dia tiada pun tunjukkan kalau dia sedang sakit.

Dan kepada anda semua, yang ingin menyalurkan bantuan untuk adik Daniel boleh langsung datang ke pasar malam Bandar Baru Ampang, atau pun pm sy dan kepada pihak tertentu. Tolong la tampil untuk meringankan beban keluarga adik Daniel ini.

Niat saya posting cerita ini di fb bukan nak mengaibkan mana-mana pihak. Cuma mlm td sy ade bertanya kepada nenek adik ini, ada tak adik Daniel ini dapat bantuan, dia kata tiada, dan saya pun bertanya, kalau seandainya saya usahakan bantuan untuk makcik, makcik boleh terima tak dan jawapan nenek dia Alhamdulillah adik kalau ada. Sedih mendengar jawapan mak cik ini.

Saya berharap ada yang tampil untuk menghulurkan sedikit bantuan. Nenek dia ini, bila malam Jumaat berniaga lemang di pasar malam Bandar Baru Ampang, makcik ini seorang sahaja yang berniaga lemang di situ. Kepada sesiapa sahaja yang ingin menghulurkan bantuan, boleh terus datang ke pasar malam Bandar Baru Ampang pada hari Khamis malam Jumaat.


0 comments:

Kongsi Portal Ini