
Sungai Petani - “Pada mulanya Nurul mengadu badannya menjadi gemuk, namun tidak lama selepas itu baharu kami sedar badannya sudah membengkak,” kata Marliani Zulkamel, 35.
Marliani adalah ibu tiri kepada Nurul Natasha Othman, 23, yang disahkan menghidap penyakit sistemik lupus eritematosus sejak empat tahun lalu, menyebabkannya kini terlantar di rumah mereka di Taman Amanjaya, Sungai Petani.
Marliani berkata, dia mula menjaga Nurul sejak berkahwin dengan suami Othman Hashim, 46, selepas ibu kandung Nurul meninggal dunia akibat penyakit sama pada 2001.
Katanya, Nurul mula dikesan menghidap SLE ketika dia bekerja sambilan di Kuala Lumpur sebagai guru tadika.
“Ketika itu dia masih belajar di Kolej Universiti Insaniah Alor Setar dalam bidang perakaunan dan pada cuti semester, dia mengikut sepupunya ke Kuala Lumpur untuk bekerja sambilan.
“Namun, apabila kami mengetahui Nurul kerap tidak sihat, kami membawanya pulang semula ke Sungai Petani dan sejak itu dia tidak lagi dapat menyambung pengajiannya,” katanya ketika ditemui.
Marliani berkata, keputusan biopsi pada 2016 mendapati keadaan buah pinggang Nurul semakin merosot sehingga dia terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi selama dua bulan bagi menjalani proses dialisis.
“Nurul kemudian terpaksa menjalani rawatan kemoterapi, bagaimanapun dia hanya mampu melalui enam kali kitaran kemoterapi sebelum keadaan tubuhnya menjadi semakin lemah.
“Saya dimaklumkan, kebanyakan organ dalaman Nurul seperti paru-paru, hati dan buah pinggangnya sudah tidak berfungsi dengan baik sehingga dia kini terpaksa bergantung sepenuhnya dengan pelbagai jenis ubat-ubatan,” katanya.
Keadaan juga bertambah perit, apabila ketika ini Nurul terpaksa bergantung dengan bekalan oksigen sepanjang masa disebabkan masalah pernafasan yang dihadapinya.
Sementara itu, Othman berkata, sejak anak sulungnya sakit, dia terpaksa mengeluarkan semua wang simpanan termasuk menjual kereta dan motosikal demi menampung kos rawatan Nurul.
“Sejak empat tahun lalu, lebih RM40,000 sudah digunakan bagi rawatan Nurul termasuk kos rawatan di hospital, sewa bekalan oksigen, lampin pakai buang, susu dan sebagainya.
Bagi mereka yang ingin membantu boleh menyalurkan bantuan ke akaun bank berikut atas nama Othman Hashim atau menghubunginya:
![]() |
011-26488436 |
![]() |
|
Progress:
|
Goal: RM40000 |
0 comments: