Lagi bayi dibuang di Seri Kembangan - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Bayi yang ditinggalkan dalam kotak di depan kedai serbaneka. SERI KEMBANGAN - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengesan war...

Lagi bayi dibuang di Seri Kembangan

Bayi yang ditinggalkan dalam kotak di depan kedai serbaneka.

SERI KEMBANGAN - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengesan waris kepada seorang bayi lelaki berusia tiga bulan yang ditemui ditinggalkan dalam sebuah kotak berhampiran kedai serbaneka di Taman Universiti, di sini 7 Oktober lalu.

Pegawai Pelindung kanak-kanak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Subang Jaya, Raja Norul Fazzilla Raja Halim berkata, pihaknya menerima kes bayi tersebut yang dirujuk oleh Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Serdang pada 8 Oktober lalu.

Menurutnya, bayi diberi nama Aish Ahnaf berkenaan ditemui dalam keadaan menangis dan dikelilingi sekumpulan anjing pada jam 2.30 pagi.

“Ketika ditemui bayi tersebut luka di bahagian tapak kaki dan lutut kiri disyaki digigit binatang.
“Selepas terima rawatan di hospital, Aish dibawa ke Mahkamah Bagi Kanak-kanak Petaling Jaya pada 8 November dan diperintah ditempatkan di Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah, Cheras hingga tarikh mahkamah akan datang,”katanya.

Beliau berkata, pihaknya meminta waris tampil bagi urusan penempatan kanak-kanak itu dan dokumen berkaitan kelak.

Sebarang maklumat boleh berhubung dengan pihaknya ditalian 03-56343095 dengan kadar segera.

0 comments:

Kongsi Portal Ini