
Sungai Buloh - Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia mengunjungi seorang pemandu lori, Ahmad Tajuddin Tan, 41, menghidap Hypoxischaemic Encephalopathy di Sungai Buloh di sini.
Ahmad Tajuddin menghidap penyakit tersebut sejak enam bulan lalu yang menyebabkan tangan serta kakinya lumpuh. Hypoxischaemic Encephalopathy ialah kerosakan atau kecederaan otak yang berlaku kerana kekurangan oksigen dan darah.
Menurut Halim, selain melihat keadaan Ahmad Tajuddin, pihaknya bersama KSKILKKM menyampaikan sumbangan untuk meringankan bebannya.
“Selain bantuan berbentuk wang tunai kami turut menyampaikan barangan keperluan lain seperti beras, tepung dan gula kepada keluarga Ahmad Tajuddin.
“MCCF juga akan cuba mendapatkan bantuan kewangan lain bagi membantu isteri dan anak-anaknya yang masih bersekolah,” katanya.
Dalam pada itu, isteri Ahmad Tajuddin, Mardiana Marhari, 38, berkata, dia terpaksa bercuti panjang bagi menjaga suami serta enam anaknya yang berusia antara lima bulan hingga lapan tahun.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh disalurkan kepada akaun bank berikut atas nama Mardiana Mahari: