Anak hidap kanser darah, ibu buntu cari dana untuk rawatan - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Alor Setar - “Doktor jangkakan anak saya mampu hidup antara empat hingga lima bulan lagi jika rawatan segera tidak diberikan tetapi saya...

Anak hidap kanser darah, ibu buntu cari dana untuk rawatan


Alor Setar - “Doktor jangkakan anak saya mampu hidup antara empat hingga lima bulan lagi jika rawatan segera tidak diberikan tetapi saya tak mampu sediakan kos ulang alik ke hospital, ” kata Intan Rafizah Md Zin@Ibrahim, 39.

Intan Rafizah berkata, anak sulungnya, Nur Ellyanna Saffia Abdullah, 12, dikesan menghidap kanser darah tahap dua sejak Mac lalu apabila dia kerap pengsan dan mengalami kekejangan badan ketika berada di sekolah.

Katanya, dia kemudian membawa anaknya ke Hospital Sultanah Bahiyah dan hasil ujian darah yang dilakukan mengesahkan Nur Ellyanna Saffiya menghidap kanser darah.

“Seluruh badannya dipenuhi biji-biji besar termasuk di mukanya sehingga rakan di sekolah mengejeknya muka buruk menyebabkan dia malu.

“Selain itu, saya sudah memaklumkan kepada pihak sekolah mengenai penyakit anak saya dan dia perlu menjalani rawatan segera di HSB dan Hospital Pulau Pinang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Hutan Kampung.

Intan Rafizah berkata, dia juga tidak dapat bekerja kerana baru menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di perut Januari lalu selain mengalami masalah jantung.

Lebih menyedihkan lagi, anak bongsunya, Muhammad Nazim Farish, 2, menghidap radang paru-paru sejak lahir dan perlu mendapatkan rawatan susulan di HSB manakala anak keduanya, Muhammad Adief Haiqal, 4, pula menghidap asma.

“Kami mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 dan Lembaga Zakat Negeri Kedah sebanyak RM400 namun semua wang itu digunakan untuk perbelanjaan ke HPP dan HSB kerana kadang-kadang saya terpaksa menyewa teksi untuk ke sana.

“Ibu dan bapa saya, Azizah Chik, 68, dan Md Zin@Ibrahim Abdul Hamid, 81, sudah uzur dan mereka tinggal di rumah ini bersama kami empat beranak walaupun bayaran rumah sewa ini sudah tertunggak sejak dua bulan lalu,” katanya.

Intan Rafizah berkata, dia berhasrat mencari kerja yang sesuai seperti mencuci pinggan di kedai makan untuk menyara keluarga selain menampung perbelanjaan untuk rawatan susulan dua daripada tiga anaknya di hospital.

Katanya, setakat ini anaknya masih mendapat rawatan pemeriksaan darah manakala kimoterapi belum dilakukan kerana menunggu keputusan doktor.

“Saya dah buntu memikirkan masalah yang dialami dan disebabkan mahu menjimatkan wang, saya hanya masak mi segera untuk keluarga dan bancuhkan susu pekat manis untuk dua anak yang masih kecil.

“Anak saya Nur Ellyanna Saffia juga tidak dapat menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah tahun ini disebabkan masalah kesihatan yang dialaminya malah biji-biji di seluruh badan dan mukanya makin bertambah,” katanya.

Sementara itu, nasib yang menimpa keluarga itu mendapat simpati daripada Persatuan Sahabat Prihatin Kedah yang menyalurkan sumbangan keperluan untuk keluarga itu yang disampaikan oleh timbalan pengerusinya, Rukiza Abu Bakar.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan ke dalam akaun atas nama Intan Rafizah :

017-5164674
https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini