*Doakan kesembuhan Zaibo - KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang ada di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




*Al-Fatihah. Pelakon veteran dan pelawak, Zaibo atau nama sebenarnya, Zainal Ariffin Abd Hamid, 62, meninggal dunia di rumahnya di Rengi...

*Doakan kesembuhan Zaibo


*Al-Fatihah. Pelakon veteran dan pelawak, Zaibo atau nama sebenarnya, Zainal Ariffin Abd Hamid, 62, meninggal dunia di rumahnya di Rengit, Batu Pahat, Johor dekat sini kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi 14 November 2018.

Berita sedih itu dikongsi oleh anak tirinya, Hafiz, dalam laman sosial Facebook (FB) yang mengesahkan Zaibo meninggal dunia akibat kanser esofagus (Esophageal Cancer) tahap empat yang dikesan sejak September lalu.

“Assalamualaikum, saya Hafiz. Mewakili pihak keluarga Zainal Ariffin bin Abd Hamid atau Zaibo ingin memaklumkan bahawa ayah pergi dijemput Illahi pada jam 1.30 tengah hari ini.

“Mohon doa semua agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan insan terpilih... Aminn,” katanya.

President Yayasan Kebajikan Artis Malaysia (YKAT), Datuk DJ Dave, turut mengesahkan hal berkenaan.

“Saya diberitahu oleh isteri beliau sendiri, Puan Hawa mengenai berita sedih ini. Zaibo meninggal dunia dan akan dikebumikan di Batu Pahat, Johor selepas Isyak malam ini,” katanya.
Kenapa Tahap 4

 “SEBELUM ini saya hanya ada masalah darah tinggi dan kolesterol. Tak sangka tiba-tiba doktor mengesahkan saya kini menghidap penyakit kanser esofagus (Esophageal Cancer) dan perlu menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB),” kata pelakon Zaibo mengulas keadaan kesihatannya.

Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd Hamid, 62, popular menerusi watak Pak Selamat dalam sitkom Spanar Jaya, dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh sejak semalam. “Saya sebenarnya menetap di Batu Pahat, Johor. Kemasukan di HSB pun atas keputusan Hospital Batu Pahat yang merujuk kes penyakit saya ke sini.

“Terus terang saya sebenarnya terkejut dan enggan hebohkan kisah sakit ini kepada masyarakat. Itulah sebabnya saya lari daripada orang kerana tak nak ada komen-komen negatif yang dilemparkan terutama di laman sosial.

“Ia boleh membuatkan bukan saya sahaja tapi keluarga juga akan turut tertekan,” katanya memberikan kerjasama yang baik apabila dihubungi.


Zaibo berkata, simptom penyakit dialami membuatkan dia tersedak dan muntah setiap kali makan dan kini hanya mengambil makanan dalam bentuk cecair.

“Saya memang tiada tanda-tanda sakit dan hanya bermula dua minggu selepas Hari Raya Aidilfitri lalu. Makanan sesuai buat saya sekarang ialah susu khas yang membekalkan zat kepada badan. “Sekarang saya masih melalui prosedur ditetapkan dalam rawatan. Walaupun pernah buat prosedur itu di Hospital Batu Pahat, ia perlu dibuat semula di HSB.

“Saya sekarang masih menanti temujanji untuk proses PET Scan yang lebih detail daripada CT Scan bagi mengenal pasti dimana kuman merebak,” katanya. Bagaimanapun Zaibo terpaksa menunggu terlebih dahulu kerana alat ini hanya terdapat di Pusat Kanser Negara, Putrajaya.

“HSB sudah mengaturkan temujanji tapi malangnya giliran menunggu terlalu panjang. Terpaksalah saya tunggu tarikh dan masa sesuai. “Namun sekiranya saya nak buat proses cepat, saya boleh ke pusat perubatan swasta iaitu Prince Court atau Subang Jaya Medical Centre (SJMC).

“Keputusan diperolehi memang cepat dan memudahkan rawatan dibuat tapi kos perlu dikeluarkan ialah RM4,000,” terangnya. Zaibo secara berterus terang mengakui agak sukar menyediakan kos ini dan berbesar hati sekiranya ada pihak mahu memberikan sumbangan kepadanya.

“Saya sangat-sangat menghargainya. Apatah lagi saya sendiri dah dua tahun tak berlakon dan tiada punca pendapatan lain. “Bersyukur sangat kalau ada yang dapat taja kos perubatan saya. Kalau boleh saya nak buat proses PET Scan secepat mungkin.

“Pihak HSB kata lebih kurang seminggu lagi baru akan dapat jawapan bila giliran saya. Untuk sementara waktu, saya kena keluar dulu daripada wad kerana bimbang berlaku jangkitan kuman,” katanya yang perlu menjaga sendiri kesihatan sebelum menjalani proses ini.

Apapun Zaibo meminta semua pihak terutama sahabat handai, rakan artis serta semua peminat agar sama-sama mendoakan agar kesihatannya stabil dan sihat seperti dulu dan urusannya dipermudahkan.

Terima kasih kerana prihatin 


“SAYA tidak keberatan untuk berlakon semula tetapi tidaklah serancak dahulu disebabkan keadaan (kesihatan) saya. Saya tidak nafikan yang saya tidak boleh cuci tangan 100 peratus,” kata pelakon dan pelawak, Zaibo.

Zaibo atau nama sebenarnya, Zainal Ariffin Abdul Hamid, 62, yang kini sedang bertarung dengan kanser esofagus sejak September lalu berkata, perasaan rindu tetap ada pada industri hiburan dan rakan artis yang lain.

“Saya ingin baik (pulih). Puan Sri Tiara Jacquelina ada menelefon saya dan pihak penerbitan rancangan pun sama kerana kami semua rakan lama.

“Mereka beritahu ingin menerbitkan semula (sitcom) Spanar Jaya versi baharu tetapi saya tak tahu dengan keadaan kesihatan saya macam ini. Saya tidak keberatan untuk berlakon semula tetapi tidaklah serancak dahulu sebab keadaan saya.

“Saya tidak nafikan tidak boleh cuci tangan 100 peratus kerana rasa rindu tetap ada dengan industri (hiburan) dan kawan-kawan yang lain,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Rengit, Batu Pahat, hari ini.

Terdahulu, Zaibo dan isteri Siti Hawa Sawal menerima kunjungan daripada Tunku Puteri Johor Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim bersama suaminya Dennis Muhammad Abdullah.

Ditanya mengenai keadaan kesihatannya, Zaibo berkata, beliau bersyukur kerana tahap kesihatannya juga semakin baik berbanding sebelum ini.

“Minggu lalu, gambar saya dalam keadaan terlantar menjadi viral. Pada mulanya, saya bercadang sembunyikan kepada masyarakat mengenai keadaan kesihatan tetapi ada pihak yang menjadikannya viral tetapi saya tak salahkan dia. Saya beritahu dia, seminggu ke, sebulan ke selepas itu baharu disiarkan iaitu ketika saya bertambah baik.

“Pada masa itu keadaan saya masih teruk dan rasa tak selesa kerana menerima panggilan bertalu-talu dan ini amat menganggu kesihatan.

“Pada masa sama, saya berterima kasih kepada orang yang menyiarkan kisah ini kerana saya menerima kunjungan daripada banyak pihak, dari ahli politik, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak lain dari seluruh Johor,” katanya.

Zaibo berkata, kemuncak kepada semua itu, beliau kemudian menerima kunjungan daripada Tunku Tun Aminah.

“Saya sangat berterima kasih dan menjunjung kasih atas keprihatinan Tunku Tun Aminah, suami dan seluruh keluarga Sultan Ibrahim. Berkat kunjungan baginda, saya mendapat perhatian daripada banyak pihak dari seluruh Johor. Sokongan moral ini amat bermakna kepada saya seisi keluarga,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan bantuan melalui:


0 comments:

Kongsi Portal Ini