
KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menasihatkan rakyat Malaysia yang mempunyai masalah tekanan untuk menghubungi talian Nur 15999 bagi mendapatkan bantuan.
Menterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya sedia maklum mengenai tragedi remaja meninggal dunia ketika bersalin di dalam bilik air baru-baru.
Menurutnya, sehubungan itu, pihaknya berharap agar mana-mana individu yang berada dalam situasi yang sama (seperti remaja berkenaan) dapat menghubungi talian 15999. “Kita sedang dapatkan maklumat lanjut berhubung tragedi berkenaan yang kini menjadi kes polis.
“Sesiapa yang ada dalam situasi begitu ada talian 24 jam untuk dihubungi (15999) dan meminta bantuan… kesian,” katanya semasa sidang media di Lobi Parlimen, di sini, hari ini lapor Sinar Harian.
Wan Azizah berkata, pihaknya telah menziarah keluarga mangsa tragedi namun tidak mahu menganggu keluarga mangsa yang sedang dalam upacara pengebumian. “Kita akan pergi sekali lagi (menziarah keluarga mangsa),” katanya.
Terdahulu, Dr. Wan Azizah menerima sumbangan cek RM315,000 daripada kerajaan negeri Johor dan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) untuk mangsa tsunami dan gempa bumi di Palu, Indonesia. Sumbangan itu diserahkan oleh, Datuk Osman Sapian dan disaksikan Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong.
0 comments: