
Pendang - Madrasah An Nur Al Islamiah yang terletak di Kampung Gajah Mati memerlukan dana RM126,000 bagi membolehkan mereka membeli sebuah van.
Ahli Lembaga Pengelola Kompleks Pendidik An Nur, Azhar Abd Ghani berkata, pihaknya sangat memerlukan van bagi membawa pelajar asrama menunaikan solat Jumaat.
"Pelajar perlu berjalan kaki sejauh tiga kilometer bagi menunaikan solat Jumaat dan kita bimbang tahap keselamatan mereka," katanya.
Menurut Azhar, ada dalam kalangan pelajar yang menumpang kenderaan warden dan selebihnya hanya berjalan kaki.
"Kita tidak mahu perkara tidak diingini berlaku kepada pelajar kita," katanya ketika ditemui di sekolah berkenaan, semalam.
Azhar berkata, pihaknya telah mengenalpasti van yang ingin dibeli iaitu berharga RM128,000.
"Alhamdulilah, sejak diiklankan minggu lalu, pihak kami telah menerima RM2,000 dan baki dana yang diperlukan ialah RM126,000.
"Selain keperluan untuk menunaikan solat Jumaat, van berkenaan juga bakal digunakan untuk penyertaan pelajar dalam apa jua pertandingan melibatkan sekolah," katanya.
Tambah Azhar, sekolah juga dalam perancangan memasarkan air mineral bagi tujuan menambahkan pendapatan sekolah.
"Insha-Allah dengan jualan air mineral ini kita akan mendapat sedikit lebihan wang kerana setiap bulan pengurusan sekolah mengalami defisit kewangan," katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian ke akaun bank berikut atas nama Madrasah An Nur Al Islamiah:
0 comments: