Hidap leukimia selepas tamat belajar - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Alor Setar - “Walaupun keadaan anak saya semakin lemah, namun dia tetap kuat melawan kanser yang kini sudah merebak ke bahagian kaki meny...

Hidap leukimia selepas tamat belajar


Alor Setar - “Walaupun keadaan anak saya semakin lemah, namun dia tetap kuat melawan kanser yang kini sudah merebak ke bahagian kaki menyebabkannya tidak lagi boleh berjalan,” kata Rogayah Rejab, 55, ibu kepada Muhammad Syahmi Abd Rahman.

Muhammad Syahmi, 25, disahkan menghidap leukimia dua tahun lalu, selepas tamat pengajian di IKM menyebabkan dia tidak dapat mencari pekerjaan.

Menurut ibunya, anak ketiga dari lima beradik itu dikesan menghidap leukimia selepas diserang demam berpanjangan.

“Kami ingat cuma demam biasa dan dia hanya mengambil paracetamol, namun lama-kelamaan dia mengalami gusi berdarah berpanjangan sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk pemeriksaan.

“Kami sekeluarga akur apabila doktor memaklumkan dia menghidap leukimia sehingga menyebabkan berat badannya makin susut akibat hilang selera makan,” katanya ketika ditemui di HSB.

Rogayah berkata, sepanjang tempoh dua tahun itu, anaknya kerap mendapat rawatan di HSB termasuk menjalani rawatan kimoterapi serta rawatan susulan lain.

Katanya, disebabkan itu mereka menghadapi masalah kerana terpaksa membayar secara ansuran bil hospital yang kini tertunggak.

“Sebelum ini ada bil tertunggak sebanyak RM200 dan belum sempat kami jelaskan, Muhammad Syahmi sekali lagi dimasukkan ke wad dan menjalani rawatan hampir sebulan menyebabkan kami buntu memikirkan bil rawatan yang semakin bertambah.

“Bapanya, Abdul Rahman Salleh, 60, pula pesara kerajaan dan kini tidak bekerja, dan wang pencen yang diterima setiap bulan tidak cukup menyara kami sekeluarga,” katanya.

Rogayah berkata, disebabkan Muhammad Syahmi tidak mempunyai selera makan, dia membeli susu formula yang harganya agak mahal dan hanya bertahan dalam tempoh tidak sampai seminggu untuk satu tin kecil sebagai makanan tambahan.

Selain itu, anaknya juga perlu dipakai lampin pakai buang kerana sudah tidak boleh bangun atau bergerak seperti dulu menyebabkan dia dan anak keempat, Nurul Nasuha, 22, terpaksa bergilir-gilir menjaga Muhammad Syahmi.

Sehubungan itu, orang ramai yang sudi menghulur sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun bank berikut atas nama Muhammad Syahmi Abdul Rahman atau menghubungi adiknya, Nurul Nasuha:

011-11447096
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini