Ibu buntu cari sumber pendapatan anak hidap kanser limfoma - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Alor Setar - “Saya buntu memikirkan nasib anak sejak dia disahkan menghidap kanser limfoma kerana perlu menjaganya sepanjang rawatan di ...

Ibu buntu cari sumber pendapatan anak hidap kanser limfoma


Alor Setar - “Saya buntu memikirkan nasib anak sejak dia disahkan menghidap kanser limfoma kerana perlu menjaganya sepanjang rawatan di hospital sehingga majikan memotong gaji.”

Itu nasib yang yang terpaksa ditanggung Shahron Che Amin, 47, ibu kepada Nur Farahannis Hasdi, 20, pelajar Tingkatan Enam sebuah sekolah di Sik yang menderita penyakit itu sejak disahkan doktor awal tahun ini.

Ibu kepada tiga anak itu berkata, beliau terpaksa bergilir dengan anak sulungnya, Nur Alia Izzati Hasdi, 21, untuk menjaga Nur Farahannis, setiap kali dia dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk mendapatkan rawatan susulan.

Katanya, anak keduanya itu pada mulanya mengalami demam panas dan tidak bermaya sejak empat tahun lalu, sebelum doktor yang merawatnya di Hospital Sik mengesyaki dia menghidap denggi.

“Namun selepas sampel darahnya dihantar ke HSB, doktor mengesahkan darahnya mengalami masalah sebelum dia terpaksa dirujuk ke hospital ini untuk rawatan susulan.

“Ujian CT Scan yang dilakukan awal tahun ini mendapati anak saya menghidap kanser limfoma dan perlu mendapat rawatan sehingga tiga kali seminggu di HSB menyebabkan saya terpaksa mengambil cuti,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Ketika ini, Shahron bekerja sebagai tukang cuci di Pusat Kegiatan Guru Sik dengan gaji RM800 sebulan, manakala suaminya, Hasdi Ahmad, 47, hanya bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan tidak menentu.

Beliau berkata, anak sulungnya yang sebelum ini bekerja di Langkawi terpaksa berhenti kerja bagi membantu Nur Farahannis, manakala anak bongsunya, Muhammad Azim Bashir, 16, masih belajar di Tingkatan Empat Sekolah Menengah Sains Pokok Sena.

“Sebelum ini saya kerap mengambil cuti kerana perlu menemani anak mendapat rawatan, namun sejak beberapa bulan lalu, saya terpaksa membayar RM33 sehari kepada rakan sekerja yang menggantikan tugas ketika saya bercuti.

Shahron berkata, anaknya itu baru selesai menjalani pembedahan membuang kelenjar limfoma di bahagian belakang limpa Khamis lalu dan hanya menunggu keputusan sama ada anaknya perlu meneruskan rawatan kimoterapi atau sebaliknya.

“Kami ada menerima bantuan bulanan RM150 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, tetapi ia tidak cukup menampung perbelanjaan perjalanan dari Sik ke Alor Setar kerana kami terpaksa menaiki bas,” katanya yang boleh dihubungi menerusi talian berikut untuk salurkan bantuan:

013-4114571
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini