Bapa pohon sedikit bantuan untuk rumah usang & anak cemerlang - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Petaling Jaya - Kemiskinan yang dialami sebuah keluarga di Sik, Kedah menjadikan ilmu sebagai satu-satunya jalan untuk keluar daripada ke...

Bapa pohon sedikit bantuan untuk rumah usang & anak cemerlang


Petaling Jaya - Kemiskinan yang dialami sebuah keluarga di Sik, Kedah menjadikan ilmu sebagai satu-satunya jalan untuk keluar daripada kesempitan hidup.

Kepayahan seorang bapa menyara mereka lima beranak dengan hanya mengambil upah menoreh getah tidak dijadikan alasan untuk tiga anak perempuannya tercicir dalam pelajaran.

Buktinya, anak pertama Abdullah Ibrahim, Munirah, 22, kini sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Seni Halus di Universiti Sains Malaysia, manakala anak keduanya, Shabirah, 19, pula ditawarkan jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Biomolekul di Universiti Teknologi Mara pada awal bulan ini.

Sementara itu, anak bongsu keluarga itu pula masih berada di tingkatan lima dan bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia pada November depan. Kata Shabirah, bapanya meraih pendapatan sekitar RM750 sebulan dengan menoreh getah dan kadang kala tidak menentu disebabkan oleh keadaan cuaca.

"Ayah saya terpaksa menoreh getah setiap hari kalau cuaca OK, walaupun dia baru sembuh dari serangan strok minor. "Kadang-kadang mak pun ada tolong ayah, tapi bukan selalu," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Keadaan kediaman mereka sekeluarga di Kampung Caruk Padang, Sik, kelihatan daif dan hidup dalam serba kekurangan apabila rumah yang dibina di atas tanah pusaka itu reput dimakan anai-anak.

Keluarga itu juga terpaksa menggunakan air telaga sepenuhnya untuk kegunaan harian. Menurut Shabirah, pada asalnya rumah tersebut dibina dua tingkat, dengan bahagian atas dibina dengan papan dan dengan batu di tingkat bawah.

"Sejak bahagian atas rumah dimakan anai-anai, kami terpaksa pindahkan semua barang ke ruang bawah. "Jadi, keadaan agak sempit dan ada bahagian dapur yang hanya berlantaikan tanah kerana ayah tidak sempat untuk menampal simen kerana diserang strok," ujarnya.

Bagaimanapun, gadis itu memberitahu, bapanya tidak pernah menunjukkan kesusahan ketika membesarkan mereka adik-beradik biarpun pendapatan yang diperoleh tidak seberapa. Kemiskinan yang dialami membakar semangat adik-beradik tersebut untuk mengubah nasib keluarga mereka.

Kelab Anak-Anak Sik Kedah merupakan NGO yang bertanggungjawab mengagihkan sumbangan wang daripada orang ramai kepada mereka yang memerlukan. Jurucakap NGO itu berkata, anggaran kos sebanyak RM10,000 diperlukan bagi kerja-kerja membaik pulih kediaman Shabirah sekeluarga.

Bagi mereka yang ingin menyampaikan sumbangan untuk membaiki keadaan rumah keluarga tersebut, sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank berikut atas nama Kelab Anak-Anak Sik Kedah:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM10000

0 comments:

Kongsi Portal Ini