
Ketuanya, Kamarul Ariffin Mohd Shahar memberitahu tindakan tersebut dilihat tepat pada masanya untuk memastikan kedaulatan negara terpelihara.
"Saya mewakili barisan kepimpinan Bersatu Indera Mahkota menyokong sepenuhnya dengan gesaan yang disuarakan oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi Bersatu untuk merobohkan tembok tersebut.
"Kedaulatan negara ini telah menjadi taruhan. Kami bangga dan menyokong keberanian dan ketegasan yang dipamerkan oleh Tun M untuk memastikan maruah dan kedaulatan negara tercinta terus dipertahankan," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Menurutnya, Malaysia tidak sepatutnya tunduk kepada mana-mana kuasa asing hanya kerana kepentingan ekonomi.
"Dan kita tidak sepatutnya mengambil risiko terhadap masa depan Malaysia sehingga boleh menyebabkan kehilangan tanah air tercinta ini suatu hari nanti.
"Terima kasih kepada Tun kerana menyuarakan pendirian demi hak tanah air ini serta terus bersuara demi keselamatan dan kedaulatan Malaysia. Hidup Tun M," katanya lagi.
Beliau berkata sedemikian berikutan kenyataan Tun M dalam sebuah wawancara bersama portal Malaysiakini hari ini. Tembok sepanjang kira-kira sembilan kilometer itu mengelilingi kompleks industri tersebut yang dilancarkan secara rasmi pada Februari lalu.
0 comments: